Janganlah Pelik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


JANGANLAH PELIK ~ Orang buat yang kita tak pernah buat atau orang lain pun tak pernah buat ... ya pelik.Macam tu jugalah bila lakukan hal yang sama.Orang tak buat,eh kita pulak buatkan .. yang pasti sesiapa yang menjadi pemula,di zaman ini viral itu pasti sama ada tuan punya badan sendiri yang berkongsi atau disebar oleh orang lain.Tular di sana sini.Bersedialah untuk dikecam atau sekiranya dipuji itu rezeki.Alhamdulillah 😊

Konsepnya adalah "Baik ikut .. tidak baik hindari".

Kaji dulu.Sebelum memulakan sesuatu sila kaji dulu.Ambil tahu.Kalau tidak secara keseluruhan cukup sebahagian.Dapat keseluruhan lebih mantap .. ye tak.Tak usahlah tahu mukhadimah kemudian memandai sendiri..tak pun sesuka hati buat kesimpulan sendiri..janganlah pelik zaman sekarang fitnah berleluasa.Rajin ambil tahu sekerat-sekerat..bagi full.

Jangan pelik kalau doa sebelum dan sesudah makan dibaca setelah selesai solat.PC dulu pun senyum juga bila doa sebelum dan sesudah makan dimasukkan dalam doa selepas solat.Balik tengok maksudnya..tiada yang salah pun .. mana yang bersesuaian sila jadikan doa selesai solat .. ya kita laluilah proses pembelajaran sepanjang hayat ya .. yang ketawa mengkekek kekek mak iloi iloi tu sila istighfar😅.


Janganlah Pelik


Akhir zaman .. Allah uji kita dengan pelbagai cara.Allah uji mata kita.Allah uji lisan kita.Semuanya.Moga Allah hindari kita dari kembali terbelenggu dalam zaman jahiliah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 comments:

  1. ada juga antara kita yg tak baca habis..tak faham terus main viral kan..semoga kita belajar utk lebih memahami dan bukan semborono pastu malu sendiri kan..

    ReplyDelete
  2. Setiap hari ada je benda baru yg viral di laman2 sosial. Kak ana setuju dengan PC. Apa yg baik kita ikut. Apa yang tak, tinggalkan je lah. Tak membawa faedah pada kita pun.

    ReplyDelete
  3. Kalau bermanfaat kepada diri kita dan orang lain bolehlah kita laksanakan.

    ReplyDelete
  4. Zaman viral.. femes sikit nak ikut.. terlalu ikutkan perasaan daripada menggunakan akal..

    ReplyDelete
  5. Mama pun Rasa xde Salah pun dia makan ni sebenarnya takde sebut pasal makan pun.

    ReplyDelete
  6. sebaiknya baca dulu baru share kan.

    ReplyDelete
  7. zaman viral ni memang mencabar rasanya =)

    ReplyDelete
  8. selalu lupa baca doa slps makan...

    ReplyDelete
  9. Indeed PC, setuju..
    Fikir dulu baik buruk sesuatu perkara itu..
    Semoga kita sentiasa dipeliharaNya..

    ReplyDelete
  10. Dulu GV pernah pergi satu ceramah, penceramah tu rasanya pernah kata tak salah kalau kita baca doa makan minum masa berdoa selepas solat sebab maksudnya ayat itu sebenarnya kita mensyukuri nikmat yang Allah SWT. Wallahualam. huhu.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.