Semangat!!!

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SEMANGAT!!!

Sekali rebah dua kali bangkit .. dua kali? .. ya,dua kali.
Kenapa?
Bangkit pertama kerana lawan .. bangkit kedua berserta semangat!
Ayuh semangat!!!


Luntur.
Cari dan terus gali.
Semangat sememangnya ada dalam diri.
Ada ketika malap perlu digilap.
Ada masanya kurang mesti ditambah.
Ujian sebenarnya vitamin semangat.
Bukan seperti bahan peluntur yang menghilangkan warna.


Semangat mudah diungkap.
Sukar didakap.
Boleh melelahkan silap-silap.
Terasa lemah.
Pandang ke bawah.
Semangat mendekat.


Bisikkan pada hati ..
 setiap ujian yang Allah SWT beri dan turunkan hari ini 
tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat menghadapi hari-hari mendatang.


Semangat.
Terus menyengat.
Terus hangat.
Teruskan tekad.

Semangat
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. InsyaaAllah... semoga sama-sama terus bersemangat dalam apa jua rintangan pun..

    BalasPadam
  2. terima kasih bagi kata kata semangat ni, terus rasa bersemangat hehe selamat pagi :)

    BalasPadam
  3. Semoga kita semua terus bersemangat. Kalau tak boleh nak bangkit berseorangan tak salah untuk cari teman untuk bantu kita bangkit semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak....carilah yang sama2 boleh bangkit bersemangat...

      Padam
  4. "Semangat mudah diungkap.
    Sukar didakap"

    Sedap ayat ni kak PC

    Allahu semoga sentiasa bersemangat dalam hadapi ranjau hidup ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu..terima kasih HH...amin...minta pada DIA.

      Padam
  5. yuppp semangat terus.. jangan mudah rebah, pekakkan telinga dengan keji dan kecaman orang, yg penting kita terus bersemangat tanpa mengenal erti putus asa.. khas didedikasikan untuk anak didik calon spm 2017, caiyok2 esok dah mula dah gelanggang pertempuran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...kita sm2 doakan mereka tenang dan mudah menjawab soalan...amin...

      Padam
  6. InsyaAllah..terima kaih undangan ya..

    BalasPadam
  7. GV yakin kak PC masa belajar dulu mesti Bahasa Malaysia A+, Kesusasteraan pun A+ dan Pendidikan Islam A+ juga. GV kagum cara penulisan kak PC mmg sangat berbeza, puitis, unik dan isi nasihat yang sangat bagus yang diberikan kepada para pembaca. Terbaik kak PC. #respect #terbaik :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama