Header Ads

Tambah Amal Maruf

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TAMBAH AMAL MARUF

Cuti sekolah telah bermula
Rumah ditinggal tidak bertuan
Demi menjaga kemaslahatan bersama
Tologlah tengok-tengokkan

Perjalanan jauh perjalanan dekat
Setiap detik sangat berharga
Becalah doa sebelum berangkat
Moga dirahmati seisi keluarga

Jauh perjalanan luas pemandangan
Aturlah perjalanan sebaik-baiknya 
Elak asyik bersembang sepanjang perjalanan
Selitkan juga denga zikir dan membaca kalamNya

Cuti hujung tahun sentiasa dinanti-nanti
Waktu ibu bapa memenuhi keinginan anak-anak 
Walimatulurus juga di sana sini
Elak pembaziran menikmati menu yang enak-enak

Jalanraya sesak dengan kenderaan
Semua menuju haluan masing-masing
Tiada ruginya memberi laluan
Urusan lancar hati menjadi tenang




*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



logoblog

8 ulasan:

  1. SELAMAT BERCUTI AGAKNYA KEMANA PC BERWISATA

    BalasPadam
  2. Pandai berpantun. Datang follow back ;)

    BalasPadam
  3. Setuju.. Dalam perjalanan bermusafir kena banyakkan berzikir sambil melihat keagungan Allah

    BalasPadam
  4. Selamat bercuti kepada pelajar2 dan cikgu2.
    Selamat menjaga anak2 sepenuh masa kepada ibu2.

    BalasPadam
  5. Ke mana cuti sekolah ni PC? Balik kampung ke? Semoga selamat perjalana ke mana jua pergi dan semoga perjalanan tu diberkati dan dilindungi Illahi.

    BalasPadam
  6. aka busyra cuti skolah ni rehat memanjang la diaa. best katanya. hehe

    BalasPadam
  7. Buat Rumah Guna Kayu Jati,
    Kak PC Selamat Bercuti.
    Hihi.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..