Header Ads

Tersenyumlah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TERSENYUMLAH ..

Rimbun pokoknya di luar pagar
Megah bercabang semua dahannya
Indah sungguh nikmat bersabar
Bahagia tiada tanda harganya

Teruja melihat pokok yang subur
Ditabur baja penggalak buah
Benarlah dunia tempat berhibur
Berhibur bersyarat tiada yang salah

Hujan panas bersilih ganti
Keluar bunganya mewah sepokok
Walau ada tidak kena rasa di hati
Dengarlah dahulu sebelum menolak

Daripada bunga sudah menggirangkan hati
Menjadi putik berkembang harapan
Jangan dibiar mendalam terguris di hati
Bangkit terus melangkah ke hadapan

Putik diintai dibalik daun
Dihitung-hitung niat rezeki mahu dikongsi
Biar menanti bertahun tahun
Takdir Tuhan jangan disangsi

Detik dinanti telah tiba
Allah SWT pemberi rezeki
Syukuri nikmat pemberianNya
Alhamdulillah dua biji rezeki kami


tersenyumlah

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

23 ulasan:

  1. Terliur tengok mempelam tu..huhu

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH SYUKUR NIKMAT-NYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak...dua biji yang berjaya lekat sampai tua pun dah buat kami senyum☺

      Padam
  3. dunia penjara bagi org mukmin. nak berhibur sila kan cuma jgn sampai melekakan.

    BalasPadam
  4. Kreatif tau kak PC. Daripada mempelam, boleh buat berangkap pantun :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ☺Alhamdulillah dengan izinNYA Siqah..Siqah pun apa kurangnya..hebat juga.

      Padam
  5. pandai PC berpantun, alahmdulillah nikmat dari alam semulajadi

    BalasPadam
  6. rezeki itu nikmat dari Allah. Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit atau banyak tetap rezekikan Busyra..alhamdulillah ☺

      Padam
  7. mensyukuri akan segala nikmat yang diberiNya percuma kepada hamba-hamba, semoga kita tidak terus lalai dan lupa.. In Shaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang kena ingat sentiasakan kak ana..jangan kufur nikmat☺

      Padam
  8. Nikmat rezeki kurniaan Illahi.. subhanallah walhamdulillah Allahuakbar.

    BalasPadam
  9. GV suka dengar lagu Ramlah,
    Kak PC, syukur alhamdulillah.
    Hihi. :D

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..