Tahi Lalat Dalam Tembikai?!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


TAHI LALAT DALAM TEMBIKAI?! ~ Tembikai merah ke tembikai kuning ke .. sering menjadi pilihan dijadikan sebagai pencuci mulut.Selain oren dan pisang.Terutamanya di majlis-majlis atau jamuan-jamuan yang diadakan kerana kuantitinya yang banyak setelah dipotong-potong..muai.

Setiap yang Allah SWT cipta ada kebaikkannya kerana yang gemar hal sia-sia itu manusia bukan DIA.

Khasiat tembikai sumber..
🍉Mengandungi  vitamin A
🍉Kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing
🍉Mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Tahi lalat dalam tembikai?!

Sayuran dan buah-buahan..ibu bapa menghadapi kesukaran untuk buat anak-anak mereka jatuh cinta dengan rela pada kedua-duanya.Mungkin tidak semua anak-anak tidak gemar buah-buahan dan sayuran..namun yang anti ada.Tak kenal maka tak cinta..dah rasa timbulnya suka.

PC suka makan sayuran .. buah-buahan.Tapi tiba bab buah tembikai,puas juga baba mama pujuk suruh makan.Bila baba beli  buah tembikai pun .. rasa terliur .. bohong kalau tak tertarik .. huhu.Mama ada kawan.Kawan baik.Rajin datang rumah.Kawan mama ni ada tahi lalat hidup pada sebelah hidungnya sebesar biji tembikai.Dah nama pun budak .. bila nampak biji tembikai spontan PC terbayang dan anggap tu tahi lalat kawan mama..Lama kelamaan bila mama asyik tanya,baru PC cakap tak nak makan tembikai sebab tahi lalat kawan mama ada dalam buah tembikai..walhal biji tembikai.Lagi banyak bijinya lagi meremang roma PC...ermmmmm..dululah..

Tahi lalat dalam tembikai

Sekarang ... sudah dinyah persepsi budak-budak dahulu kala.Maka tembikai juga salah satu buah kegemaran PC.Cuasa panas terik dapat makan tembikai subhanAllah nikmatnya.Alhamdulillah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


12 comments:

  1. makan waktu tengahari yang panas terik memang nyaman.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...lagi-lagi lepas keluarkan dari peti ais..😁

      Delete
  2. Replies
    1. Makcik tu baik..cuma PC terlebih bayangan..😅

      Delete
  3. Panas-panas ni dpt makan tembikai sedap PC. Khasiat pun banyak. Salah satu rezeki dari Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana...melegakan tekak juga..alhamdulillah 😁

      Delete
  4. hehehe
    lawak pula baca kisah makcik tahi lalat
    apa2pun tembikai nih sebenarnya buah panas
    masa minum sejuk tapi lama2 badan panas sikit
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sebab tu yang ada tak tahan..jadi alah..
      Tulah apalah kak PC..ada ke samakan tahi lalat dengan biji tembikai😅

      Delete
  5. Hehehehe comel jer, tahi lalat kawan mama ada dalam tembikai..
    Tembikai manis sedap dimakan, juicy..
    Kalau sis lepas makan tembikai tekak akan perit sebab tu tak selalu makan tembikai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan mama tu baik..suka sembang..mungkin PC yang terlebih fikir ke...atau macam mana...kikikiki..pulaknya warna dengan saiznya lebih kurang...sesetengah orang akan batuk kak bila makan tembikai..asbabnya..

      Delete
  6. Berfikir di luar kotak ni. Hehe. air tembikai pun sedap. Hehe

    ReplyDelete
  7. makan tembikai time sejuk aduiii. sedap! hehe

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.