Ada Dua Maksud

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


ADA DUA MAKSUD ~ Sesiapa pun ada cara masing masing untuk menyampaikan sesuatu mesej.Berbicara secara terus terang atau menggunakan bahasa kiasan yang membawa maksud atau pengertian sebaliknya.

Situasi 1

'Seseorang' menegur anak buahnya (pekerja berpangkat di bawahnya) yang sedang gigih berusaha menurunkan berat badan.Mengikuti aktiviti rutin yang bukan calang-calang.Gaya,rentak dan cara komando ibaratnya.Ada perubahan ketara.Berat badan turun.Kawan-kawan lain menegur ada perubahan.Rekod bertulis juga ada menyatakan penurunan.

'Seseorang' itu berkata "eh langsung tak nampak perubahan pun..setakat muka je kecik"

👉Ia boleh jadi mempersenda .. gurauan .. atau berniat motivasi agar lebih gigih berusaha dan tidak mudah selesa.

Situasi 2

"Nak mohon cuti boleh tapi selepas saya cuti"

👉Jelas berterus terang 

Ada dua maksud ..

Berterus terang atau berbahasa kias terserah asal maksudnya sampai.Tidak tersasar,tidak menyakiti telinga dan hati.Bahaya bila apa yang cuba disampaikan tidak jelas selain menimbulkan fitnah secara tidak langsung mencipta musuh.Hati-hati.Berlapang dada menerima kelebihan orang lain..jangan matikan semangat orang lain untuk bangkit.


Terkadang orang tidak menyerang dengan kata-kata..tidak langsung menggunakan kekerasan tetapi sebaliknya menggunakan senjata doa..PerduCINTA 
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terbaik pD... yg penting , apa sahaja perkataan keluar d mulut kita..jgn sesekali berbaur kejian..hinaan..sindiran..

    Oh ya.. knapa saya sllu tak dpt komen di entry PD ye... huhuhu..banyak post saya tak boleh komen kalau guna mobile view..huhuhuhu

    BalasPadam
  2. kena hati-hati kalau berkata-kata. kalau rapat seeloknya beri kata-kata dorongan. motivasi dalam bentuk sindiran ni selalunya datang dari orang-orang yang dengki je.haha. sekadar pendapat

    BalasPadam
  3. mak2 kita dulu selalu memarahi kita dengan perkataan yang berlainan maksudnya:
    Contoh "panjat lagi pokok tu tinggi2" membawa maksud melarang kita memanjat pokok.

    BalasPadam
  4. Betul tu.. setuju sangat.. terima kasih kongsi PC! ^^

    BalasPadam
  5. Bila bercakap lebih baik straight forward dan berlapis. Hati org ni berbeza2 penerimaannya.

    BalasPadam
  6. Apapun sebelum vertical atau berkata2 mmg kena fikir dulu jgn lah tanpa fikir

    BalasPadam
  7. Pandangan orang berbeza dan penilaian orang berbeza, cuma bersangka baik walaupun pedih. Yang penting pandangan Allah pada kita bukan pandangan manusia. Setuju dengan kata2 PC tu :)

    BalasPadam
  8. nice sharing akak.. betul apa akak ckp.. stiap pandangan manusia mcm2 jenis bezanya.. tak boleh diagak

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama