Header Ads

Ayuh Lipat Gandakan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

AYUH LIPAT GANDAKAN

Pergi pekan beli gula
Gula pasir dan gula melaka
Cuti sekolah sudah bermula
Peluang ibu bapa manfaatkannya

Ramadhan bakal meninggalkan kita
Biar sedih relakan juga
Hitungan harinya tidak seberapa
Lipat gandakan baki yang ada

Ayuh Lipat Gandakan

Waktu berbuka minum air kelapa
Sekali sekala nikmat juga
Berkasih sayang kita semua
Semai dan pupuk rasa gembira

Jadikan Al Quran sahabat setia
Sedikit sehari tidak mengapa
Dari sebaris ganda semuka
Hayati bacaan fahamkan maknanya

Menabung itu amalan mulia
Sedari kecil harus dimula
Biar sepuluh sen tidak mengapa
Asalkan kerap bertambah juga

#sama-sama mencari redha Ilahi

logoblog

10 ulasan:

  1. Pejam celik sekejap ada dah nak habis Ramadhan kan PC. Harap ada rezeki dan umur panjang kita bertemu Ramadhan lagi tahun depan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak Sue....aamin.harap Allah beri lagi rezeki kita jumpa ramadhan mendatang..

      Padam
  2. masa dah tinggl baki2 kan. sy pun nasib baik ad je kawan2 sekeliling ngajak..

    BalasPadam
  3. masih bersisa beberapa hari semoga kita ambil kesempatan ini bersama mengumpul pahala =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamin..insyaAllah..dan oga semua doa2 kita diangkat dan diterima olehNYA.

      Padam
  4. Moga rutin harian kita dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Mudah2an segala amalan kita diterima-Nya.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..