بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum WBT
SUKA ITU SUBJEKTIF | Ya suka itu subjektif.Suka lihat."I suka tengok muka you tau..tenang je"..konon sangat.Suka dengar."Satu hari tak dengar suara dia,kunyah makanan rasa tak hancur" .. tipu sangat.Suka rasa-rasa."Aku rasa dia ni mesti tak mampu beli tudung mahal" .. baik taubat cepat.
Suka itu subjektif.
Suka banyak.Suka sikit.Apa yang kita suka tidak sama yang orang suka dan begitulah sebaliknyakan.Kadang kita pandang kecil pilihan orang sedang baginya apa yang dipilih itu sudah yang terbaik.Mantop lagi tiptop.Kita pun mesti marah bila pilihan kita yang kita suka dikomen orang.Komen pulak tak hagak-hagak ikut sedap tekak bercakap.Mahu berparang bercangkul..silap-silap keluar ilmu persilatan yang dituntut zaman sekolah menengah dulu,sumbang pun sumbanglah labu..itu belum lagi tendangan tanpa bayang.Jangan ya..sabar.
Ada orang makan mesti kena ada banyak lauk.Kalau tak mogok tak nak makan.Sanggup sembunyi dalam tempayan pecah belakang rumah.Ada pula yang sempoi..nasi berlaukkan telur mata kerbau dengan kicap pun dan buat hati girang ke tahap lompat bintang.Ada yang masak makan habiskan tidak suka ulang makan lauk sama yang dihangatkan.Ada yang sebaliknya..suka makan lauk yang sama,sama ada baru dimasak atau yang dihangatkan semula.
Lain orang lain sukanya.Tak mengapalah asal bahagia menikmatinya.Terkadang mungkin itu rezeki yang dia ada untuk kelangsungan hidup kerana tidak semua orang miliki banyak pilihan untuk lengkapkan kehendak.Raikan dan syukuri sentiasa.

Tempe goreng.Menu lazim ada sama ada di bulan ramadhan atau tidak di bulan ramadhan..kegemaran oii..jawa oii.
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Saya suka tempe goreng.. klu makan dgn sambal kicap pun sedap. Huh.. jap lagi nak berbuka. Selamat berbuka PC :)
BalasPadamBetul....lazimnya gitulah Tn.makan dengan sambal kicap..😊
Padamtempe....dulu pernah ambil upah balut bungkusan tempe...hahaha..kenangan semua tu, tempe memang sedap digoreng lepas tu cicah sos =)
BalasPadamwah...yeke...bungkus kacang tempe ya Mizi...kami biasa makan dengan sambal kicap😊
Padamsedap oi walaupun bukan orang jawa. buat tempe goreng cicah sambal kicap pun sodap.. hhehehehe
BalasPadam😊betul...tepat...hehe...kan memang sambal kicap kawan tempe goreng.
Padamanak akak mmg suka tempe... ada hari dia suruh beli tempe saja... hehehe... mak dia ni beli jer la sebab x masak... hehhe
BalasPadamhehehehe....tak pelah kak....nanti bila2 akak boleh goreng tempe😊
PadamOrang dulu2 selalu kata:
BalasPadamJangan terlebih suka nanti jadi duka.
tepat tu Pakcik😊
Padamsaya tersuka tempe goreng tersebut. diharapkan tukang gorengnya dapat mengeposkan sedikit kepada saya. dalam 10 papan sudah la.
BalasPadamhmmm.. tempe org pggl sepapan tempe ke? -.-'
kikikikikiki....selalu yang PC tau tempe dipanggil keping...kalau papan tu rasanya petai😊
PadamPart tempe goreng tu, sepanjang Ramadhan ni tak merasa lagi membelinya.
BalasPadam