Header Ads

Balik Dari Kampung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BALIK DARI KAMPUNG | Nak balik kampung kalau boleh nak terbang biar cepat sampai.Tapi menjadi murung dan malas daripada kampung nak balik ke rumah sendiri.Entah ini penyakit kami suami isteri sahaja atau orang lain pun sama.Semacam perasaannya.Nak kemas baju pun malas.Cuba nak balik kampung.Baru ura-ura pun dah ceria muka kemas pakaian sambil nyanyi lagu can-malican hoi-hoi....

Balik dari kampung.

Jalanraya.Kesesakkan di jalanraya ni memang lumrah,lebih-lebih musim perayaan.Nak elak macam mana pun buntu.Redah dengan sabar,tabah lagi ikhlaskan.Pastikan tidur mencukupi supaya tak cepat letih dan sediakan makanan untuk redakan mood yang pasti ke lautan hindi.Masa nilah jangan cuba-cuba jadi pencetus onar..risau ada bumbung kenderaan yang copot tak terduga.Lebih mencabar waktu jammed termenung nilah nak terkencing dan terberak.Bila toksid dah mula meroyan..jaga-jaga.

Kawasan rehat dan rawat.Huiii.Ampun.Terutama kebersihannya.Tidak semua bersih dan tidak semua kotor.Ikut rezeki kita juga sebenarnya.Kalau boleh gunalah dan pilihlah tandas cangkung berbanding tandas duduk..tapi terserah masing-masing ya.Ini sekadar pilihan dan pendapat PC.Jaga juga keselamatan diri dan barang-barang.

Awasi muatan.Balik dari kampung biasanya beg atau muatan bertambah.Beranak pinak gitu.Selagi nampak ada kosong nak disumbatnya.Sebenarnya kalau boleh elakkan demi keselamatan juga terutama pada tayar kereta.Biasanya macam tak boleh je*pengalaman sendiri ni..aduh*.Bertabah bila mak bapak  dan mak bapak mertua sejenis tahu anak nak balik..siap-siap kumpul ole-ole kat anjung rumah..*syukur terharu nak nangis golek-golek rasa*..

Buka peti surat.

Balik Dari Kampung

Balik Dari Kampung

Balik Dari Kampung

Alhamdulillah.Terima kasih Blogger Cikgu Abam Kie.Di zaman semuanya dihujung jari..agak sukar untuk melihat kad raya menjadi pilihan sebagai tanda ingatan,tapi Cikgu AK masih mengekalkannya.Terbaik dan wajar dicontohi.Selain kad raya..PC juga menerima hadiah topup RM5 sebagai salah seorang pengomen terbanyak.Syukur.

#sama-sama mencari redha Ilahi


logoblog

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih.Selamat hr ry aidilfitri maaf zahir batin juga.

      Padam
  2. Alhamdulillah.. semoga ukhwah sentiasa diberkati. Salam 9 Syawal :)

    BalasPadam
  3. Syukur dan tahniah sebab terima kad raya. Saya tahun ni satu kad raya pun tak de. tahun lepas ada juga sekeping dua kad raya yang dihantar oleh followers.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang semua guna teknologi..whatsapp..dan sebagainya..bukan sahaja ucapan ry,kadang undangan majlis2 pun begitu.

      Padam
  4. selamat hari raya sis PC. balik kampung memang bonet kereta penuh, seat duduk belakang pun penuh, sabarlah, sebab tu suka sangat kalau ura-ura nak balik kampung. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...betul2..setuju..tu belum lagi kat tempat kaki..penuh kat seat...tempat kaki tu pun diisi juga...hehehe...

      Padam
  5. balik dari kampung memang memenatkan tapi hati gembira

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..