Header Ads

Pandang Dan Dengari Suara Kecil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

PANDANG DAN DENGARI SUARA KECIL

Hari ini.
Semakin ramai yang gelisah.
Semakin banyak yang keliru.
Tidak terbimbing.
Terumbang-ambing.
Ada yang mahu dibimbing.
Ada yang sombong tidak mahu dipimpin.
Macam-macam.

Berkeluh kesah.
Berkeringat basah kemudian mengering.
Tetap ditakuk yang sama.
Ditakuk yang lama.Serupa.
Bukan tidak usaha.
Jauh sekali tidak mencuba.
Tapi mungkin segitu adanya.

Akar umbi.
Jaga terasnya.
Pelihara tunjangnya.
Terputus.Tercabut.Tercantas.
Pucuknya juga kan melayu mati.

Pandang dan dengari suara kecil.
Daripada orang kecil.
Daripada hati yang kerdil.
Daripada sudut yang mungkin terpencil.
Jangan diabaikan.
Fikirkan air mata yang adakala deras mengalir.
Percayalah bukan air mata kosong.
Jernihnya berbisa.
Disertai doa-doa.
Cukup berbahaya.

Pandang dan dengari suara kecil.
Suatu detik mungkin kita.
Menjadi suara kecil terpinggir.

Pandang Dan Dengari Suara Kecil
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

logoblog

4 ulasan:

  1. InsyaaAllah, sama-sama kita mencari redha ilahi... air mata yg kerdil itu banyak mujarabnya...

    BalasPadam
  2. Suara2 kecil, jika bersatu boleh mengubah keadaan.

    BalasPadam
  3. YA PERLU AMBIL PEDULI N DENGARI SUARA KELUHANN WALAU HALUS

    BalasPadam
  4. Betul tu suara kecil perlu didengari..jangan dipinggirkan jangan dipandang enteng

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..