Header Ads

Hargailah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

HARGAILAH

Makan ais krim bersama teman
Air krim kopi mestilah hitam
Banyak nikmat telah Tuhan pinjamkan
Hargailah nikmat iman dan Islam

Pergi sungai memancing ikan
Sambil merasai indah suasana
Insan istinewa kita raikan
Hargailah ibu bapa kita sementara ada

Asyik memilih ikan pelaga
Merah biru jingga pun ada
Jangan dicemar sesuka sahaja
Hargailah sungai kita selayaknya

Sedari tadi belek-belek jam
Asyik menunggu kedatangan teman
Berdosa besar memutuskan silaturahim
Hargailah ukhuwah sesama insan

Buah manggis buah rambutan
Banyak dijual ditepi jalan
Hargailah setiap nikmat kesihatan
Gandakan amalan hidup bertuhan

Kerang oh kerang
Waktu hidup asyik terjelir
Hargailah pemberiannya orang
Jangan dihina tak usah dipinggir

Hargailah
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

logoblog

11 ulasan:

  1. InsyaaAllah... terima kasih atas ingatan PC

    BalasPadam
  2. PERBAIKI SEGALA KEKURANGAN DIRI

    BalasPadam
  3. insyAllah. selagi ada, selagi mampu

    BalasPadam
  4. sungguh enak buah durian,
    enak juga dibuat pengat,
    terima kasih atas perkongsian,
    moga jadi panduan sampai hari akhirat.

    BalasPadam
  5. Waktu hidup asyik terjelir
    Enak direbus bersama halia
    Jangan dihina tak usah dipinggir
    Eratkan ukhuwah amalan mulia.

    BalasPadam
  6. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Hargai dan sayangi Mereka sepenuh hati. InsyaAllah ada keberkatan di dunia akhirat.

    BalasPadam
  7. menghargai apa yang ada disekeliling kita =)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..