Kaya Itu ...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

KAYA ITU ...

Dambaan manusia.
Semuakah.
Segelintir cuma mungkin.
Ada yang takut.
Besar dugaannya.
Banyak juga nanti soalannya.

Diusahakan.
Ada juga yang diwariskan.
Tidak kurang mewarisi semua.
Allahu.
Rezeki.Ya.
Dugaan ya ya ya.

Kaya itu.
Lain orang lain difinisinya.
Beza orang beza pengurusannya.
Masing-masinglah.
Ada cara.
Ada gaya.
Ada juga mengada-ngada.

Kereta berjenama mewah.
Kaya.
Rumah besar.Gah.Cantik.
Kaya.
Basikal tua.
Kaya.
Teratak kayu.
Kaya.
Kaya itu.
Ikut bagaimana menterjemahnya.

Tidak semua untuk diri.
Diri tidak boleh miliki semuanya.
Kaya itu.
Tidak sesungguhnya harta.
Tidak sesungguhnya pamer semua.
Kaya itu.
Boleh jadi hatinya.
Ilmunya.
Akhlaknya.

Kaya itu.
Mengkayakan.
Dengan jalan Allah.
Tidak membuat orang rasa miskin.
Tidak juga buat orang rasa tersisih.

Kaya itu.
Satu laluan.
Bijak memilih bakal terpilih.
Cantik mengatur laju nanti meluncur.

Jumaat.
Hari mahu menjadi kaya.
Tidak mengapa seringgit dua.
Putih hati.
Kaya raya.

KAYA IT

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. BIARLAH KAYA YG SEBENAR-BENARNYADI DUNIA N AKHIRAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin..moga kaya di dunia satu cara buat kita mewah di akhirat...

      Padam
  2. nak kaya di dunia n akhirat. Aamiin...

    BalasPadam
  3. saya nak kaya agar mudah membantu orang lain...

    kalau kurang kaya ...cara membantu agak terbatas ..

    in shaa Allah...

    Allah akan bagi kita kekayaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin..moga jadi kaya yang kayanya diredhai Allah..insyaAllah boleh..

      Padam
  4. Kaya kita bukan hanya harta.
    Kesihatan dan keimanan juga kekayaan yang perlu kita kejar.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama