Lisan Itu Cerminan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


LISAN ITU CERMINAN | Ada orang sangat ambil berat atas setiap apa yang dilakukan.Sesetengahnya pula lebih suka ambil jalan mudah dan paling senang.Malas nak beratkan fikiran mungkin.Kalau pun timbul akibat..hadapi..tempuhi sahaja.Nasib-nasiblah.

Lisan itu cerminan.

Asal boleh itu memang mudah.Tapi dalam berlisan banyak yang tak boleh berbanding yang dibolehkan.Mungkin dek kerana adat yang menggariskan begitu namun sebenarnya lebih kepada adab sesama kita."Mulut jahat tapi hati baik" ... "Mulut je tu tapi tak maksud ke hati pun"..faktakah atau autakah..atau mungkin saling menutupi lemahnya masing-masing.Hakikatnya..bagi PC,hati itu sumber banyak hal.

Semasa kita sedih lisan kita membayangkan kesedihan.Ketika hati kita girang lagi riang..kata-kata dan perwatakkan kita juga mewah keceriaan.Nampak tak.Maka lisan itu cerminan yang mudah untuk menyingkap rahsia hati.Tapi awas dengan lakonan dan kepura-puraan manusia akhir zaman yang sangat luar biasa hebatnya.Sudah berapa ramai yang terpedaya tanpa sengaja.Allahu.

Setiap hari kita berkomunikasi.Jagalah kualiti lisan mahupun tulisan di alam maya.Kalau dulu untuk meluahkan emosi secara terus tidak kiralah bagaimana caranya tidak kini yang hanya dihujung jari.Sangat mudah tersebar dan merebak.PC suka menyentuh banyak hal berulangkali..salah satunya bab lisan ini kerana banyak kesannya pada kita..baiknya mahupun buruknya.Secara tidak langsung mengingatkan diri PC juga supaya berhati-hati ketika bercakap baik di mulut atau berbicara di hati.Sebelum berbicara pertimbangkan sebaiknya..kerana pada setiap yang kita rasakan baik pasti ada buruknya pada pandangan orang.

Lisan itu cerminan.
Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT


15 comments:

  1. betul tu.. maafkan ejulz kalau ada tersalah komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...alhamdulillah semua baik2 sahaja..

      Delete
  2. Betul tu PC..
    Dari hatilah terbitnya perkataan yg jahat itu..

    Muhasabah diri ini..😐

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC pun rasa macam tu Kak..biasa hati dulu yang berkata-kata...

      Delete
  3. betul tu
    pc.
    nice sharing peringatan bersama..

    selamat petang
    lamanya x blogwalking.
    pc sihat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk ya....takpe..ada waktu,singgah ya...alhamdulillah sht seadanya..

      Delete
  4. Kadang2 kita hanya niat untuk bergurau,
    tapi mungkin ada orang terasa hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pakcik...kena kenali persekitaran kita dulu sebelum bergurau kerana penerimaan orang berbeza..

      Delete
  5. Mana mungkin mulut jahat tapi hati baik. Pakej baik mesti datang dengan semua yang baik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...kalau tak sekata itu namanya pura-pura kan kak...

      Delete
    2. setuju dengan Ana Suhana. Mana ada mulut jahat tapi hati baik. Fake je tu nak cover line atas kesalahan sendiri. Sebab apa yang kita cakap semuanya lahir dari hati. Melainkan yang bercakap tu, sedang berlakon...

      Delete
  6. Peringatan dan perkongsian yang bagus.. Semoga kita sentiasa menjaga lisan..

    ReplyDelete
  7. sekarang ni buka sekadar lisan je yang boleh menyakitkan hati bila berkomunikasi. Tapi melalui media sosial. Cth : whats app.. dll. Memaki tak lagi menggunakan mulut. Memaki sekarang lebih lancar melalui media sosial.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas peringatan ini. Moga menjadi renungan dan nasihat juga buat diri ini... aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.