Header Ads

Sama-samalah Ya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SAMA-SAMALAH YA | Salam Jumaat indah.Masih di bulan Syawal.Masih meriah dengan majlis-majlis rumah terbuka kepada yang diundang sahaja.Biar pun konsepnya terbuka namun ada senarai undangannya.Tidak semua dijemput,maka kita panggil rumah terbuka terhad..hee hee hee.Gitu.Ada juga yang ulang pulang ke kampung sambung berhari raya.Tidak menjadi masalah pun sebenarnya.

Sama-samalah ya.

Senang hati dan berasa gembira.Senang sama-sama,,susah sama-sama.Tapi yang sering kita tewas adalah dibahagian susah sama-sama.Tidak semualah macam tu.Ada juga yang memang betul-betul susah senang sama-sama.Ada!..ada juga susah sama-sama bila senang masing-masing..Sikap manusia susah untuk diramal.Silap ramal jadi fitnah.Lebih baik masing-masing jaga supaya senang hati dan berasa gembira sama-sama.Nak puaskan hati orang bukan mudah.Kecuali sejenis manusia yang berprinsip "aku mudahkan urusan orang lain nanti urusan aku Tuhan permudahkan".

Sihat dan ceria.Kesihatan itu harta.Hadiah.Nikmat yang Allah SWT beri pada kita.Besar pengaruh dan kesan kesihatan dalam kehidupan kita seharian.Bila Allah beri kesihatan yang baik,syukuri bukan untuk mendabik dada.Ingat,sekelip mata Allah boleh uji kita dengan mendatangkan pelbagai penyakit dengan macam-macam cara yang tidak kita duga dan bayangkan.Sihat,alhamdulillah.Bila Allah uji dengan kesakitan,yakinlah ada hikmah yang tidak pernah kita angan-angankan pun Allah sediakan untuk setiap kesabaran kita.

Saling meringankan.Meringankan itu satu hal yang berat ditambah hati yang berbelah bahagi antara empati pada diri sendiri atau apa yang kita miliki perlu dikongsi dan membantu pada orang lain juga.Rasa keduniaan itu tidak mudah disingkir daripada hati dan diri.Sungguh tidak mudah.Perlu proses yang lama dan panjang.Saling meringankan itu ada banyak caranya.Pilihlah berdasarkan kemampuan dan rasa keikhlasan yang paling tinggi dan dalam.Moga Allah menerimanya.Aamin.

Sama-samalah ya.

#sama-sama mencari redha Ilahi

logoblog

6 ulasan:

  1. betul tu. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    BalasPadam
  2. YA BERSAMA SAMA KITA MERINGANKN YG BERAT

    BalasPadam
  3. Bila Allah datangkan sakit, baru lah kita sedar nikmat masa sihat tu .Masa sakit duit pun xmampu menggembirakan hati.

    BalasPadam
  4. sama-sama menjejak mimpi...

    BalasPadam
  5. berat sama dipikul ringan sama dijinjing =)

    BalasPadam
  6. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan memberkati bersama2 org2 yg sentiasa bersyukur kpdNya.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..