Satu Per Satu Lah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SATU PER SATU LAH | Satu per satu.Atau satu demi satu.Step by step.Pilihan masing-masing sebenarnya.Ikutlah mana yang lebih selesa dan kena dengan hati.Lain orang lain caranya.Lain gaya mewarna dan mencorak.Hormati dan hargai.

Satu Per Satu Lah.

Mengurus bukan hal mudah.Setiap kita ada tanggungjawab kepada Pencipta,agama,diri sendiri,ibu bapa,suami/isteri,pasangan,majikan,keluarga dan keseluruhannya selagi hidup di muka bumi ini.Dan bila bermula dikehidupan baru kelak yang kita harapkan serta dambakan adalah hasil-hasil yang diusahakan ketika di dunia sahaja.Mengurus apa yang kita miliki bukan boleh dianggap remeh.Sebolehnya selesaikan satu per satu lah kerana lebih mudah mengurus apa yang kita sendiri tahu dan rancang berbanding mengharapkan pihak lain membantu.

Membantu.Ya,banyak sangat yang membantu.Isi rumah banyak dibantu oleh teknologi(barangan electronik).Tidak dinafikan,banyak urusan mengurus rumahtangga secara tidak langsung menjadi mudah,ringan dan cepat.Biarpun satu per satu dilakukan namun ianya boleh dijalankan serentak.Mencuci pakaian dalam masa yang sama boleh memasak nasi..mop lantai dalam waktu yang sama boleh bakar kek..berbanding dahulu segalanya dan sepenuhnya kudrat yang digunakan,satu per satu dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Kebolehan setiap individu berbeza.Ada yang boleh hadam banyak hal dalam satu masa.Ada yang urus satu perkara dalam jangka masa yang panjang dan lama.Tahap kemampuan itu anugerah sebenarnya.Pasti ada hikmah mengapa dia begini dan mereka begitu.Allah beri apa sewajarnya dan apa yang selayaknya untuk kelangsungan hidup masing-masing.Tiada salahnya melakukan dan menguruskan hal arau pekerjaan satu per satu.Tiada salahnya juga buat macam-macam kerja dalam satu waktu.Asal boleh melunadi dengan baik..sempurna..alhamdulillah.

Apa pun yang dilakukan .. jaga kualitinya,kerana pada kualiti ada nilai harga bukan sahaja pada manusia tetapi pada penilaian DIA jua.

Satu Per Satu Lah.


#sama-sama mencari redha Ilahi

7 comments:

  1. bila banyak nampak susah tapi bila dibuat satu persatu akan jadi lebih mudah

    ReplyDelete
  2. Salam PC. betul tu..bagi akak pun yg penting kualiti sesuatu yg kita lakukan.. klu harapkan kuantiti tapi tak berkualiti sama je bohong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Kak.. Setuju. Yup kualiti tu yang dinilaikan kak.

      Delete
  3. betul..saya jenis tak boleh buat semua serentak..kena buat slow-slow satu persatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat. Lebih mudah nak fikir juga bila satu per satu ni.

      Delete
  4. Lalukan segala pekerjaan dgn sabar, in shaa Allah hasilnya akan lebih memuaskan.. subhanallah walhamdulillah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.