Bukan Semua Boleh Di "Kacang-kacangkan"

BUKAN SEMUA BOLEH "DIKACANG-KACANGKAN"

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT


BUKAN SEMUA BOLEH "DIKACANG-KACANGKAN" | Kacang .. huisss sedap tu.Bagi penggemarnyalah.Bagi yang bukan penggemar atau fobia dengan kacang atau sememangnya ada alasan tersendiri mengapa suka atau sebaliknya pada kacang mahupun kekacang..masing-masinglah ya..tidak mengapalah..kan setiap kita ada citarasa dan kegemaran tersendiri..😊

Kacang bukan sahaja makanan.Tapi kacang juga membawa pengertian "sesuatu yang mudah".Bahasa yang direka-reka.Tidak terdaftar pun dikamus dewan.Atau sudah didaftarkan.."Alah,kacang je".."perkara kacang pun tak boleh buat".. atau "kau jangan nak kacang-kacangkan aku" .. jangan nak main-mainkan gitulah..pernah dengar tak...atau PC je yang selalu dengar..hehehe.

Bukan semua boleh "dikacang-kacangkan".

Ada hal boleh diambil mudah atau dipermudahkan urusannya.Dilonggarkan syaratnya.Ada perkara mesti mengikut ketetapan apa yang telah termaktub dan tertulis.Ada ketikanya sesama kita perlu bertolak ansur atau berlebih kurang.Namun begitu ketegasan juga sangat-sangat perlu.

Paling disukai adalan toleransi.Tapi jangan pernah lupa besertanya juga adalah sifat atau sikap gemar mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.Sesiapa pun boleh melakukannya.Sesiapa juga boleh memilih untuk tidak bertindak kurang bijak.Setiap tindakkan membayangkan peribadi seseorang itu.Hati-hati.

Bukan semua boleh "dikacang-kacangkan" .. hargai,hormati dan letak nilai pada orang kalau mahu diri sendiri dinilai dengan baik oleh orang lain.Jinak-jinak haiwan buas..tidak akan mudah membuang naluri buasnya.Begitu juga manusia.Biar sabar itu tanpa sempadan namun kesanggupan untuk menghadapinya terkadang melangkaui sempadan juga.

BUKAN SEMUA BOLEH "DIKACANG-KACANGKAN"
Google image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. first time saya dgr words 'dikacang-kacangkan' ni kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak PC dulu masa kerja selalu dengar....hehehe...kalau ada kawan rasa macam kena main-mainkan mesti dia cakap..oiii ko kacang-kacangkan aku kan...

      Padam
  2. Kena tengok pada keadaan sebelum nak kacang2 kan. Kang orang kata biadap pula. Hidup biar sentiasa bertoleransi baru aman masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana.....setuju...jangan hentam ikut rasa..binasa hujungnya,

      Padam
  3. Soa lamal ibadah jangan dikacang2kan.

    BalasPadam
  4. Betul tu.. bukan semua boleh dikacang2kan terutama yg terkait dgn hukum agama dan juga undang2 negara.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama