ESOK

ESOK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


ESOK | Hari ini,hari yang telah dilalui.Bagaimana ceritanya..seperti apa warna dan coraknya kita lakarkan  dalam panduan yang telah Allah SWT acuankan.Lalui dengan lurus dan telus.

Esok.

Berharap kerana harapan itu sentiasa ada.Peluang dan ruang juga sentiasa tersedia bezanya menjadi rezeki kita atau sebaliknya.DIA yang tahu mengatur segala-galaNYA.Aturan yang TERBAIK dan TERHEBAT.

Berapa banyak yang tersasar melalui hari esok.Dan tidak kurang ramai yang berjaya melepasi hari esok.Ya,kita tidak tahu tapi apa yang bakal berlaku esok ada bahagiannya yang kita rencanakan dan usahakan hari ini.Bukankah Allah SWT suka melihat usaha kita.Pada setiap usaha itu juga akan ada takdir yang boleh berubah.Yang zalim itu segelintir manusia BUKAN ALLAH SWT yang sangat mencintai hamba-hamba-NYA.

Moga esok masih ada untuk kita agar dapat membangun dan membina hubungan lebih ampuh dengan PENCIPTA sekalian alam.

Taubat tidak usah menanti esok..siapa tahu hari ini terakhir buat kita melihat cahaya mentari.Berbuat baik jangan bertangguh esok,kerana kebaikkan tiada sempadan waktu.Berdoalah moga esok masih ada untuk kita bukan kerana mahu hidup selamanya tapi mahu lebih berbuat kebajikkan kerana DIA.

Esok
Google image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

9 comments:

  1. Insha Allah kak PC, terima kasih kerana mengingatkan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Shikin...amaran untuk kak PC juga ni..

      Delete
  2. Sentiasa bertaubat sebab kita tak tau apa akan berlaku. Istighfar selalu pun boleh dah dari takde langsung kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak Ana...istighfar sebanyak yang boleh...moga Allah terima.

      Delete
  3. Hari esok tiada siapa tahu, hidup mati rezeki jodoh semuanya rahsia Allah

    ReplyDelete
  4. moga esok masih bersinar untuk kita menruskan kehidupan kita. amin

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.