Sepertinya Semakin Parah

SEPERTINYA SEMAKIN PARAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SEPERTINYA SEMAKIN PARAH | Keselamatan.Ketenteraman.Semua mengharapkannya.Dalam keselamatan dan ketenteraman itu insyaAllah ada bahagia dan gembira.Lapang dada.Tenang fikiran.Memudahkan banyak urusan.Lancar setiap ibadah yang mahu dilunaskan.SubhanaAllah.Bersyukurlah sentiasa kerana rasa syukur itu umpama perangsang rasa damai.Rasa dan nikmati kecukupan sebaik-baiknya ya.InsyaAllah nanti Allah tambah lagi.Gandakan rezeki dengan cara-Nya yang kita tidak tahu dan tidak sangka.

Penting ke rasa ketenangan perlu ada pada diri kita?..Semua makhluk juga perlukan ketenangan dengan cara masing-masing yang tidak kita manusia fahami.Tapi Allah SWT sentiasa mengerti.

Sepertinya semakin parah.

Dalam kekayaan..kejayaan..belum tentu ada kebahagiaan dan ketenangan.👉bukan maksud PC orang yang kaya dan berjaya itu semuanya tidak bahagia ya..ada juga yang bahagia dan sentiasa damai menjalani kehidupannya..alhamdulillah.Tidak mustahil dalam kesederhanaan yang menurut tafsiran dan andaian masing-masing mungkin ianya mewah dengan kebahagiaan dan ketenangan..👉tapi ada juga yang sentiasa rasa tidak selesa..tidak kecukupan.

Tidak selesa.Tidak cukup.Bercelaru.Tidak tenang boleh membiakkan masalah lain yang lebih besar dan berat.Yang tidak salah dianiaya.Yang kecil tidak faham apa-apa diseksa dan didera.Gangguan itu dari jiwa dan akal.Bila jedua-duanya ini mula diserang dengan rasa yang tidak jelas akan ada calon mangsanya.Allahu.Segalanya mungkin.Boleh jadi sedia ada pada diri sendiri dan boleh jadi juga asbabnya berpunca daripada sekwliling kita.

Salam Jumaat indah semua...

#sama-sama mencari redha Allah SWT

6 comments:

  1. Salam Jumaat PC.
    Sebab itulah kita dinasihatkan apa jua jenis penyakit rawatlah sebelum parah.

    ReplyDelete
  2. sebelum parah baik kita cari ubatnya...

    ReplyDelete
  3. betul tu pc, mmg nampak semakin parah life skang ni

    ReplyDelete
  4. Jangan pernah berhenti bersyukur atas segala nikmatNya..
    Kena cegah sebelum parah.. Jaga diri PC..

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dgn perasaan sentiasa bersyukur dan cukup dgn manisnya segala nikmat anugerah pemberianNya di dunia ini utk kebaikan akhirat... aamiin ya Rabb.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.