Header Ads

Berganda

BERGANDA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Kisah sedih tidaknya sentiasa
Lama-lama berganjak juga
Penyakit kaki tangan dan mulut kian mereda
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat-Nya

Mana yang rosak dibaik pulih
Untuk mengelak kes kemalangan
Panas kering pula mengambil alih
Bergandalah juga penjagaan kesihatan

Suka minum air laicikang
Kononnya dapat menyejukkan tubuh
Lebihkan minum air kosong
Demi menjaga keperluan tubuh

Zaman kanak-kanak indah rasanya
Sekejap waktu berlalu tidak berasa
Bertemu rakan main bersama
Berganda juga pengawasan ibu bapa

Hari pertama juga hari kedua
Cuti sekolah pun telah bermula
Selamat bercuti sekolah untuk semua
Isi waktu yang ada dengan sebaik-baiknya

#sama-sama mencari redha Allah SWT



logoblog

8 ulasan:

  1. cuti sekolah dh tiba, akak tak cuti kerja mcm biasa sampai raya haji baru cuti... salam aidil adha pc...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la kak...lazimnya begitu...salam aidiladha kak Sheila sekeluarga.

      Padam
  2. Penjagaan kesihatan sekarang ni sangat penting, cuaca panas ditambah pula penyakit berjangkit. Semoga kita terus dilindungiNya selalu PC..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...panas berhabuk....sesekali hujan...rasa nikmat...Allahu.moga kita sentiasa diberi kesihatan.

      Padam
  3. kesihatan begitu berharga..moga kita sentiasa dipelihara olehNya dan diberikan kesihatan yang baik.Aaamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...setuju sangat2 Irda...aamin..kita usaha jaga diri.lebihnya serah pada-Nya.

      Padam
  4. Selamat menyambut cuti sekolah dgn keceriaan, dan salam Aidiladha penuh keberkatan.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..