Macam-macam Jenis Saudara

MACAM-MACAM JENIS SAUDARA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MACAM-MACAM JENIS SAUDARA | Bunga ada macam-macam jenis.Warna pun ada banyak kategorinya.Haiwan pun begitu juga..ada pelbagai jenis haiwan..Allahu.Indah setiap apa yang Allah SWT ciptakan.Untuk menjadi manfaat satu sama lain.Untuk lebih mengenali,memahami dan yang terpenting untuk menyedari bahawa tiada yang mustahil untuk Allah SWT menghidupkan sesuatu dengan izin-Nya.


Macam-macam jenis saudara.

Kita tidak boleh hidup sendiri.Kita sentiasa memerlukan insan-insan disekeliling kita untuk menjalani kehidupan.Bukan bererti bergantung sepenuhnya pada orang lain..namun adakala kita juga memerlukan bantuan terutama saudara mara terdekat.Sekiranya mereka ini berjauhan daripada kita maka jiran tetanggalah mendahului.Justeru sebab itulah kita perlu menjaga silaturahim satu sama lain sentiasa.

Sedangkan adik beradik seibu sebapa pun berlainan sikap satu sama lain..apatah lagi saudara mara kita...betul tak..he he he...sabar jelah..

🍌🍈🍉 Saudara buah.Kalau nak tengok atau jumpa ketika musim buah-buahan.Itu pun kalau di rumah kita ada pokok buah-buahan dan berbuahlah..lucu pun ada.Allahu.Luar biasa rajin bertandagnya.Tidak mengapalah..rezeki kongsi.Moga nanti berbuah lagi.امین.

☕🍰🍕 Saudara makan besar.Kalau ada majlis makan-makan.Siap pesan kalau ada makan-makan jangan lupa jemput.Baiklah,tapi jangan lupa jemput orang lain juga bila awak pun buat makan-makan.Biar sama-sama merasa dan saling erat ukhuwah.Kalau dia tak jemput kita..eh tak mengapa mungkin terhilang ingatan seketika pada kita.Tiada manusia sempurna zahir batinnya.

💰💲🏡 Saudara harta pusaka.Kepok pun belum berganti dengan yang batu.Masih kayu.Tunggu tanahnya betul-betul padat dan gitu...eh assalammualaikum datang-datang mengaku saudara melulu.Masa inilah bau-bau bacang..bau-bau durian..semua bau timbul..tapi lebih kuat bau busuk hati.Pun tidak mengapa,faraid ada mengatur dan mensyaratkan siapa dan berapa yang berhak nanti.

✏📝✂Saudara ada niat dan mahunya.Bila ada perlunya minta bantuan maka timbullah tidak mengira masa.Subuh atau senja sudah tiada batasnya.Sabarlah,dengar kemudian berilan sebaik-baik pertolongan.Siapa tahu masa kita tiba juga nantinya.

👫👬👭 Saudara mahal.Susah mahupun senang,sedih atau gembira,sakit dan sihat,ketika tersungkur atau gagah bangkit....ya tetap dan sentiasa ada..baik saudara atau rakan....ini saudara dan rakan yang mahal.Syukurilah.Akhir zaman sudah tidak ramai saudara seperti ini.

Dan bila kita sentiasa mengharapkan yang terbaik....beri jugalah yang sebaik-baiknya.Setiap kebaikkan kita itu jangan harap balasan kebaikkan dari orang yang telah kita buat baik padanya....JANGAN!!...kerana balasan kebaikkan dari Allah SWT itu luas dan ada magisnya.

MACAM-MACAM JENIS SAUDARA

#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rambut sama hitam, hati laia-lain. Begitu lah perumpaannya. Tapi walau bagaimana pun darah daging sendiri tetap bersatu akhirnya. Silaturrahim kena sentiasa dirapatkan walau ada salah faham dan persengketaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Ana...carik carik bulu ayam lama-lama bercantum juga...bertolak ansur..sabar dan ikhlas..sama-sama menghargai...

      Padam
  2. Bersyukurlah kpd sesiapa yg mempunyai ramai saudara mahal. Silaturrahim yg akrab, ikhlas dan prihatin sesama satu dgn yg lain adalah antara suburnya keberkatan dlm kehidupan di dunia dan juga akhirat. Subhanallah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anugerah tu...sebab tak semua dapat saudara mahal.Jaga dan sentiasa hargai..kalau boleh masing-masing terima apa adanya...saling betkasih sayang.

      Padam
  3. Beruntung pada yang masih ada saudara.. Silaturrahim bukan senang nak dijaga.. Huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Saudara mara pun rezeki juga...syukuri dan jaga...

      Padam
  4. bw sini sambil follow

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bw...
      Alhamdulillah dah lama follow blog LULLABYSSZ..

      Padam
Terbaru Lebih lama