Header Ads

Kedamaian Insan

KEDAMAIAN INSAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Di penglihatan.
Di pendengaran.
Daripada hati sebenarnya.
K E D A M A I A N itu.

Bersih.
Tidak sahaja dibebenang menutup jasad.
Di hati sangat juga perlu.
Di akal yang sentiasa tepu.
Kedamaian pastikan bertapa di situ.

Bersiulan.
Bukan kicauan burung.
Tapi berirama lagu.
Bersenandung segenapnya waktu.
Kedamaian singgahan.
Sedetik cuma.

Cuba buka.
Cuba tatap.
Cuba ucap.
Cuba faham.
Di wahyu Tuhan.
Al Quran.
K E D A M A I A N segera menyelinap.

Kesedihan.
Kepayahan.
Cari Al Quran.
Kegembiraan.
Kesenangan.
Jangan melupakan Al Quran.
Ia sendi.
Ia nyawa.
Ia rangka.
Islam hingga hujung nyawa.

Diusahakanlah wahai insan.
Carilah wahai teman.
Kedamaian yang sebenarnya.
Hingga rohmu bertemu Tuhan.

Kedamaian Insan

#sama-sama mencari redha Allah SWT
logoblog

5 ulasan:

  1. Bila kita baca Al-quran dan fahami maksudnya memang kedamaian ada di sana. Tp sayangnya kita ni sekadar baca je. Faham belum lagi :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...setuju...baca sekadar baca...ertinya tak difahami.. *PC ni*..kena berubah segera.

      Padam
  2. Betul tu PC.. bila baca Al Quran rasa damai kat hati kita nie kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak..jadi ubat dan terapi...aamin.

      Padam
  3. Subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..