Sisi Lain LGBT Dan LGBT Itu

SISI LAIN LGBT DAN LGBT ITU | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum WBT. Tidak perlu dikupas atau mahu berkiaslah.Mahu berterus terang pun tidak di pihak Perdu Cinta.Tidak selayaknya pun untuk berbicara soal ini.Cuma satu .. Ya,mungkin suara kecil tidak didengari tapi Allah SWT itu tidak pernah tidur.Tidak meminggirkan doa-doa dan pengharapan.Suara kecil jika menyatu menjadi bergema dan besar.DIA MENDENGAR.DIA MELIHAT.Lontarkan suara-suara kecil itu atas tiket dan nama doa yang bersungguh dan berterusan.Dalam banyak hal diam tidak bererti menyokong dan menyokong tidak seharusnya bersuara.Guna kewarasan akal sebaik-baiknya.

Bila sesuatu itu berlaku pasti ada sebabnya.Pasti!.Untuk lebih menyedarkan dan mengingatkan.Untuk kita lebih saling mengenali banyak warna-warna sebenar pada diri sesiapa pun disekitar kita.Baik yang kita suka atau yang kita tidak bekenan melihatnya.Setiap kita yang hidup ada matlamat masing-masing.Beza matlamat itu membuatkan satu sama lain itu beza melakar kehendak.Matlamat umpama acuan membentuk seseorang.Harus diingat acuan bagaimana yang mahu kita pilih jangan membuang hukum sehingga membinasakan bukan saja diri sendiri malah orang lain terkait sama.

Sisi Lain L G B T
Google Image

Sisi lain L G B T.

L- LUANGKAN SEBERAPA BANYAK WAKTU
G- GUNAKAN SETIAP KUDRAT YANG ADA
B- BANGKIT CARI,KENALI DAN RAPATI
T- TUHAN SENTIASA ADA MENANTI-NANTI PADA YANG SUDI

L- LUPAKAN KISAH LALU YANG MALAP
G- GARISKAN SEMPADAN YANG JELAS
B- BIAR ORANG TAHU ADANYA USAHA MAHU BERUBAH
T- TAUBAT ITU SENTIASA ADA UNTUK SEMUA

L- LEPASKAN LUKA LALU
G- GUNAKAN DETIK INI 
B- BINA SEMULA KEKUATAN DAN JATI DIRI
T- TIADA YANG MUSTAHIL BILA DIA MENGIZINI

L- LANGKAH SEMULA SATU PERSATU
G- GANTUNGKAN HARAP PADA DIA SATU-SATUNYA
B- BAHAGIAN SETIAP KITA TIDAK SAMA 
T- TAKDIR JANGAN DIPERSALAH JANGAN JUGA HANYA BERSERAH

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sisi Lain L G B T

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. bila isu LGBT ni timbul, ramai umat Islam Malaysia mulai takut. sebelum ni terlupa akan kesenangan yang Allah dah berikan. mohon kita semua dijauhkan dari bala bencana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Negara kita sebenarnya sedang dijajah semula.Dijajah dengan budaya dan pemikiran bernafsu yang dicipata manusia bukan ikut apa yang Allah suka.Kalau kata merdeka sebenarnya hanya luaran saja.Betul..moga Allah lindungi kita semua.

      Padam
  2. Good sharing PC.. Kak Sue suka baca ayat dari LGBT yang PC tulis tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..terima kasih kak Sue...ntah kenapa terpanggil untuk guna LGBT ni...mungkin bila dilihat teguran banyak cara tidak berkesan.

      Padam
  3. terbaik PC..semoga anak cucu dan keturuan kita dijauhkan dari bala dan perkara mcm ni..dan semoga mereka yang terjebak diberikan kesempatan untuk berubah dan bertaubat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur.terima kasih kak..itulah yang ditakuti.Sedang ada yang menyokong..sedang ada yang membantah..namun sayangnya yang membantah menjadi dan terlihat bersalah..bagaimana nanti hujungnya.Ibu bapa sekarang lebih mesti bekerja keras pasakkan didikan agama untuk anak2nya.

      Padam
  4. Masih musykil kenapa semua ini terjadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..dan dirasakan tidak sewajarnya berlaku pun..Allahu.

      Padam
  5. Semoga kaum keluarga dilindungi dari anasir tidak baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin..aamin..aamin.Betul...risau macam mana generasi akan datang nanti..moga Allah lindungi kita semua.

      Padam
  6. Mendoakan yang baik-baik untuk golongan ini tapi kalau keterlalu sangat macam Siti Kassim tu, geram jugak rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Moga hidayah sampai kepada mereka dan mereka sendiri mencari hidayah itu.

      Padam
  7. Singgah sini memang cari sesuatu utk dibaca!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama