Header Ads

Baling Batu Sembunyi Tangan

BALING BATU SENBUNYI TANGAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Balik kampung lalu terowong
Terowong SMART diberi nama
Hidup ini jangan suka berbohong
Lama-lama terbongkar juga


Daun sirih bentuknya bujur
Tumbuh subur dengan cara menjalar
Jangan amalkan sikap tidak jujur
Ingat! suatu ketika jasad terbujur


Hujung minggu masak daging
Menu pilihan rendang dendeng
Memang mudah jari menuding 
Namun berat bahu yang menyandang


Dahan tua harus digergaji
Moga tunas baru segera tumbuh
Memfitnah itu perbuatan keji
Lebih keji daripada membunuh


Kecil-kecil suka makan sumi
Makan sumi perisa laici
Banyak bentuk perbuatan menzalimi
Hati-hatilah ketika menghakimi


Gigih membuat penyapu lidi
Hingga terluka jari jemari
Terkadang tidak perlu diungkapi
Boleh saja diketahui mementingkan diri sendiri


Aduh sakitnya gigi
Sebelah kiri juga kanan
Banyak lagi perbuatan terpuji
Elaklah baling batu sembunyi tangan

BALING BATU SENBUNYI TANGAN

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

9 ulasan:

  1. Berani buat berani tanggung.. hehe

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak PC. lama tak menjengah. :D

    bab pantun ni shu failed sikit. bak kata pepatah bohong lama-lama jadi pencuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Shu..
      Biasanya begitulah...mulanya bohong...

      Padam
  3. salam singgah. terima kasih atas perkongsian. banyak maksud tersurat dan tersirat :D

    BalasPadam
  4. zaman sekarang memang macam tu..orang lain yang buat orang lain yang kena tanggung

    BalasPadam
  5. Jangan jadi punca perbalahan.. bukan 'batu api' shj, org yg baling batu sembunyi tangan ini juga selalunya jadi punca perbalahan kpd org-org lain. Tuduh menuduh, sangsi akhirnya org lain yg bertelagah.. wallahualam.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..