Banyak Selekoh

BANYAK SELEKOH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BANYAK SELEKOH | Mengimbas satu ketika dulu-dulu..

Pakcik : Dari tempat A nak sampai ke tempat B ada berapa selekoh?
Budak kecik : Termenung sambil mulut terkomat kamit (menghitung)
Pakcik : Cepat sikit.😎
Budak kecik : Jap..jap..haaaaa ada 4 selekoh.
Pakcik : Bukan salah tapi silap sikit.Kurang tepat.
Budak kecik : Aaaaaalaaaaa..(muka kecewa)😩
Pakcik : Jawapannya ada 2 selekoh.Selekoh kanan.Selekoh kiri.

Beberapa tahun kemudian bila mana soalan sama yang diajukan..kali ini budak kecik yang dulu kecik sudah menjadi dewasa..dan pakcik tadi semakin dimamah usia ianya menjadi satu yang indah dikenang dan dikisahkan.Si dewasa menjawab dengan tenang.Si Pakcik garu kepala yang sudah dipenuhi uban mahu menjawab soalan yang dulunya budak kecik itu.

Jenis dan jumlah itu ada bezanya.Teliti dengan baik.Agar setiap kekusutan dapat dilerai dengan baik.Supaya banyak persoalan dapat dijawab dengan betul.Dalam situasi apa dan bagaimana pun dengarlah dahulu..fikir kemudian baru bertindak.

BANYAK SELEKOH

Banyak selekoh.

Betul.Sepanjang musafirnya kita..atau ke mana pun jauhnya perjalanan kita pasti menemui banyak selekoh biar pun sekadar  dua jenis selekoh iaitu kanan dan selekoh kiri yang ditemui.Banyaknya itu terkadang terlepas daripada hitungan.Ada selekoh tajam dan tidak.Amati betul-betul.Begitu juga situasinya pentas dan laluan hidup kita.Biar lurus sekalipun laluan yang dilalui..di situ kita tetap menemui jalan lubang dan berlopak..rekahan..mungkin juga kesan-kesan peristiwa terdahulu.

Kita belajar.Lebih banyak menempuhi liku-liku dan selekoh..lebih banyak yang dapat dipelajari.Syaratnya ambil sebagai pengajaran dan pelajaran.Untuk berubah.Mungkin juga untuk mengubah.Bukankah pengalaman itu juga ilmu untuk diri sendiri dan boleh dikongsi.Pada suatu yang baik itu dirai..pada suatu yang tidak benar sama-samalah perbetulkan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. musafir nak menuju ke jalan yang satu tapi xde jalan lurus, kena juga hadapi selekoh bersimpang siur... InsyaaAllah semoga kita sampai ke destinasi yang tepat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga lepas kita semua lalui selekoh dunia dan lancar titian di akhirat...aamin..

      Padam
  2. Hidup ni pun mmg bnyk selekohnya juga kan.. silap panduan, kurang ilmu silap2 boleh tersesat jalan, nauzubillah. Moga kita semua sentiasa dipelihara Illahi atas jln yg lurus... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah sangat nak tergelincir dan terbabas dari selekoh..moga Allah bantu perjalanan kita..aamin.

      Padam
  3. Betul tu PC. Banyak selekoh yg ditempuh banyak pengalaman dan ilmu yg kita perolehi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju...moga yg bermanfaat dekati kita semua..

      Padam
  4. terbaek pakcik.. hhaha.. betul tu.. bnyk liku2 kehidupan yg memberi bnyk pengajaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakcik dah beruban tapi sentiasa bersemangat dengan soalan menajam fikiran..

      Padam
Terbaru Lebih lama