Header Ads

Gigit Jari

GIGIT JARI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Ayam ditangan terlepas.
Tangan bau tahi.
Ah!.


Dikejar tidak dapat.
Dikendong berciciran.
Ah!.


Lambat.
Terhegeh-hegeh.
Lembab.
Dan apa lagi.
Pada setiap kata yang ringan.
Dimulut.
Sesungguhnya berat.
Dipendengaran.
Daripada sesiapa pun.
Kepada sesiapa pun.


Jangan dicerca.
Tidak usah mencaci.
Mungkin hari ini tidak pada diri.
Ingat.Ingat.Ingat.
Mungkin terkena pada generasi.
Nanti.


Bumi berputar pada paksinya.
Manusia berputar pada takdir-Nya.
Tidak lama.
Tidak seketika.
Hanya menanti saatnya tiba.
Didetik yang paling tepat.


Berhenti untuk melakukan.
Perlahankan hasutan.
Nanti-nanti gigit jari.
Menyesali.
Berlari mencari.
Menemui belum pasti.
Sedang balasan dan hisab menanti.

GIGIT JARI

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

15 ulasan:

  1. Adoi.. Menyentap ke jiwa.. Setiap yang dituturkan itu harus dijaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat-sangat harus dijaga Sha..kadang kesannya tu tak terduga..

      Padam
  2. Ramai yang lupa balasan tu mungkin tak kena pada kita tapi pada generasi kita akan dtg. Kena jaga tutur kata dan sentiasa berbaik sangka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak ana..setuju..mungkin rasa puas bila dah ckp apa yang terbuku atau dirasakan betul..kesannya itu..Allahu.

      Padam
  3. setiap patah perkataan ada maksud tersirat yang mendalam. memang terhunus tepat ke jiwa

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Moga tidak terbawa hingga akhirat gigit jarinya...aamin.

      Padam
  5. Tersirat dgn peringatan yg baik utk renungan kita. Moga kita tidak tergolong dikalangan org2 yg rugi.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..