Sebenarnya Yang Mana

 SEBENARNYA YANG MANA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


 SEBENARNYA YANG MANA | Keliru.Ah!.Biar tidak sering mungkin sesekali rasa keliru menghampiri diri kita.Baik hal yang kecil apatah lagi melibatkan hal yang besar.Bila timbul rasa keliru mulalah tertanya-tanya.Bila keliru tanya.Cari dan rujuk pada tempat yang betul.Bertanya itu tiada salahnya asal betul soalannya dan kena pada tempatnya.InsyaAllah tiada masalah.

 Sebenarnya yang mana.

Diri sendiri sensitif atau orang lain yang tidak sensitif.Kadangkala tidak ada pun sebenarnya,tapi kadang bila dengar terus sakit hati,terus terakam dan tersimpan diminda.Terdengar-dengar ditelinga.Jadi dendam dan marah.Diri sendiri sensitif atau orang lain tidak sensitif sebenarnya.Banyak sahaja yang berlaku kini di mana sikap suka mencabar berleluasa..di mana-mana sahaja.Sengaja mengundang rasa tidak elok sedangkan sedia maklum akan hal-hal tersebut.Sedia maklum jika kawan kita mudah terasa hati tidak kiralah apa pun alasan yang digunakan..gurauan sekalipun..maka jangan diduga.Itu bererti kitalah yang tiada sensitiviti pada persekitaran.

Tahu namun buat-buat tidak tahu.Ini juga satu perangai yang ada sisi baik dan sebaliknya.Bergantung pada keperluan dan situasi yang sepatutnya.Apa perkara biarpun kita tahu terpaksa buat-buat tidak tahu.Bukan mahu berbohong atau menutupi dan berselindung..namun jika ianya lebih banyak berimpak baik,lakukanlah.Berbanding jika ianya memudharatkan..tidak tahu pun perlu ambil tahu agar dapat dicegah.Sekiranya jelas ianya khilaf..pasti ianya menongkah arus dengan apa yang DIA tetapkan..yang berkemahiran..berpengetahuan dan selayaknya tegur-tegurlah dengan tegas dan berhikmah.

Mahu dengan tidak mahu sahaja.Hendak pasti ada usaha dan mengumpul serta mencari seribu daya.Berbanding jika tidak mahu..pastinya beribu alasan dan cara mengelaknya juga akan diberikan.Begitu lumrahnya manusia.Sangkaan kita itu doa.Justeru bersangka baik pada-Nya.Sebenarnya yang mana .. diri sendiri dan DIA sahaja yang merasa dan mengetahuinya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul kak PC, kalau benda baik shu akan ambil port semua benda. kalau benda tak baik, kadang-kadang kena buat tak tau dan tak dengar. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..betul la Shu..kalau hal baik teruja..kalau sebalijnya jadi lemau...bukan apa..sayang pahala yang sedia maklum memang sikit dan tipis kalau kak PC ni.

      Padam
  2. betul tu pc... akak dlm 2 hari ni duk keliru gak bila Allah test skit je dgn persepsi manusia.... bila fikir Allah test tu nak uji kita baru confident biar je la apa2 org nak cakap janji akak tahu apa yg Allah test itu adalah susunan Allah kat akak... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak..mana boleh abaikan....abaikan jangan fikir nanti jadi tekanan pada diri...rapi kalau kata2 org tak sedap didengar tapi betul...kita kayuh perlahan-lahan betulkan dan perbaiki diri...

      Padam
  3. Mmg betul PC.. setuju. Perkara tak baik ni pun kdg2 ada dtg dlm bentuk seolah2 baik. Allah uji kita dan dgn izin kasih syg Allah jua DIA beri kesedaran pada hati sanubari kpd kita atas perkara yg tidak baik tapi nampak baik. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dgn keimanan dan ketaqwaan kpdNYA... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahaya sebenahnya bab subhah ni...nampak baik walhal tak baik kan Tn KK.Lebih risau kalau kita tak perasan kemudian terjebak..Allahu minta dijauhkanlah.Vahaya sungguh sebebarnya keadaan begini.

      Padam
  4. Betul tu kadang samalah seperti kak pc tuliskan ni, terasa seperti diri sendiri yang sensitif atau orang lain yang tak ada rasa itu.. Hakikat hidup memang begini agaknya. Pahit,mencabar sebab nak gapai syurga bukan mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Husniey...kak PC selalu terfikir..."aku yang terlalu sensitif ke?..atau orang yang tak ada sensitif dengan sekeliling.."..lumrahnya manusiakan..Allahu..moga Allah tebalkan kesabaran dan iman kita untuk gapai syurgaNya..aamin.

      Padam
  5. Ada perkara perlu kita ambil tahu.. Ada perkara kita kena buat-buat tak tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seruju Sha...untuk kepentingan dan kesenangan diri sendiri dan orang lain juga kelak..aamin.

      Padam
  6. Cari lah guru atau rujukan bila keliru akan sesuatu. Jangn buat andaian sendiri takut terjerumus ke arah yg salah. Bahaya utk kita dan org lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana..jangan membuta tuli dan melulu dalam sebarang tindakkan..buruh padahnya kelak..

      Padam
Terbaru Lebih lama