Header Ads

Ambil Peduli

AMBIL PEDULI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


AMBIL PEDULI | Cara setiap orang menunjukkan rasa dihati dan ambil peduli tidak sama.Kalau kata sama pasti ada bezanya di mana-mana yang tidak terlihat.Kalau dikatakan jauh beza pun..nah itulah kaedah dan pendekatan masing-masing.Hanya diri sendiri yang merasa dan tahu.

Ambil peduli.

Ada macam-macam cara.Meluah di media sosial.Menganjurkan kempen.Mengadakan perdebatan.Berceramah.Menulis kemudian dibukukan.Dikomersilkan melalui lagu,drama atau filem.Setiap pendekatan yang diambil dan diberi ada berbeza mengikut citarasa dan kebolehan serta kemampuan masing-masing.Biar jalannya berbeza namun matlamatnya sama.Apa yang utama dapat untuk digapai.

Ambil peduli dengan "menyebuk" atau sering dikatakan "busy body" itu lain.Ambil peduli dilakukan secara berterusan sehingga keadaan atau situasi kembali membaik atau pulih..manakala "menyebuk" seperti resamnya lalat..mengerumun bila terhidu bau yang kurang menyenangkan sahaja.Lalat tidak sentiasa ada.Hanya dikawasan atau waktu-waktu tertentu sahaja.

Sesama insan.Sebaiknya sentiasa saling bersama-sama.Namun,mungkin atas sebab atau kekangan yang membolehkan,maka ambil peduli tidak semestinya harus sentiasa berada disisi.Berjauhan juga boleh sentiasa ambil peduli.Apa yang utama sentiasa mencari jalan untuk mendekatkan hati biar pun jasad berjauhan.Lakukan dengan sesungguhnya hati nanti pasti dirasai..

Salam Jumaat indah yang terakhir di bulan September..

#sama-sama mencari redha Allah SWT


logoblog

3 ulasan:

  1. Salam Jumaat PC..
    Betul PC, ambil peduli perkara yang baik mungkin membantu sesetengah orang yang memerlukan. Bukan sebaliknya.. Perkongsian yang indah untuk dihayati, terima kasih PC..

    BalasPadam
  2. ada benda yg kita perlu ambik peduli...ada benda yg kita x perlu ambik port.

    BalasPadam
  3. Selalunya insan yang ambil peduli pada kita tinggal berjauhan 😭

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..