Header Ads

Tidak Termampu Diungkap

TIDAK TERMAMPU DIUNGKAP
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt


TIDAK TERMAMPU DIUNGKAP | Ungkaplah dengan kata.Berlisan mengikut rentak yang dimahu.Meluah,mentafsir,menterjemah..apa sahaja yang dirasakan boleh,mampu dan perlu selayaknya.Didengari..atau di pandang sepi..itu hal biasa.Ada yang menggemari tidak kurang yang rasa meluat untuk menyaksi.Lumrah.

Tidak termampu diungkap.

Sedih.Menangis.Tapi terlalu gembira juga ada masanya hingga menangis.Menangis itu boleh jadi disebabkan kesedihan atau kegembiraan.Itulah tafsiran yang melihat.Hakikatnya kesedihan atau kegembiraan itu sukar dan tidak termampu untuk diungkap.Ianya terlalu halus dan sangat mendalam.

Begitu juga berkatan rasa sayang atau marah.Sayang sangat.Marah sangat.Tindakkan atau perbuatan itu dipandu dan terjemahan apa yang dirasa..Sejauh itu hakikat sebenar-benarnya sayang atau marah itu tidak termampu juga diungkap.Kalau kita melihat seseorang sedang nenunjukkan warna rasa di dalam hatinya..itu hanya satu kaedah mengurangi atau meredakan rasa.Emosi kita sukar untuk dibanding dengan apa pun.Susah juga untuk mencari perumpamaannya.

Terima kasih.Sebenarnya kalau ditanya pada yang benar-benar memaknakan ucapan terima kasih itu,ianya tidak sekadar dua patah perkataan semata-mata.Tidak sama sekali.Ianya lebih daripada itu.Menunjukkan rasa syukur,membayangkan rasa gembira dan tidak kurang melemparkan rasa sinis..ya pada "terima kasih" ini pun tidak termampu diungkap.

Bila sesuatu itu sebenar-benarnya dari lubuk hati yang paaaaaling dalam..percayalah tidak termampu diungkap.Hanya diri yang melalui atau mengalami sahaja yang berasakan ia.

TIDAK TERMAMPU DIUNGKAP

#sama-sama mencari redha Allah SWT



logoblog

3 ulasan:

  1. betul tu..ada perkara yang tak mampu kita bicarakan kerana kadang2 akan menjadi kisah yang lain mengikut penafsiran orang yang mendengar..sebaiknya simpan dari disalahtafsir..wallahuallam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..lebih selamat..untuk menerima atau memahami bukan satu hal yang mudah..

      Padam
  2. Iya.. kadang-kadang rasa hati nie tak mampu nak diungkap..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..