Fasa Akhir 2018

FASA AKHIR 2018

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT

Semalam.
Sejarah.Kenang-kenangan. Ogos pun berlabuh.
Dengan semangat.
Dengan kemeriahan.
Dengan sepakat.
Moga-moga terus muafakat.
Sambutan kemerdekaan menutup rapat.
Jumpa lagi nanti Ogos.
Andai ada lagi baki usia ini.

Fasa Akhir 2018

Bermula.
September ini.
Muka surat baru.
Di buku yang sama.
2018 juga.
Ya,sudah melangkah lagi.
Empat bulan yang terakhir.
Baki.Masih berbaki lagi.
Untuk semua menikmati.
Bergantung juga rezeki.

Mungkin ia permulaan.
Kehidupan berdua.
Membina istana dunia.
Berpasangan itu lumrah.
Itu juga fitrah.
Menggalas.
Dunia menanggung.
Akhirat menjawab.
Ya.
T A N G G U N G J A W A B.

Fasa akhir 2018.
Mungkin ada tidak merasai.
Pergi memenuhi janji.
Janji sedari azali.
Kembali menemui Ilahi.
Meninggalkan.Pasti.
Ditinggalkan.Juga pasti.
Merindui.Tidak diragui.
Allahurabbi.

Anggaran cuma.
Berbaki 120 hari.
Sedari 365 hari.
Wallahi.
Banyak lagha dari terisi.
Banyak sia-sia dari dimanfaati.
Banyak kosong dari berinti.
Banyak keluar dari bertambah.
Sungguh.
K E R U G I A N.

Di keburukkan.
Anggap esok hari kematian.
Segeralah taubatanasuha.
Di kebaikkan.
Anggaplah tiada lagi kesempatan.
Agar bersungguh melaksanakan.

Fasa akhir 2018
Entah bagaimana ceriteranya.
Entah seperti apa warnanya.
Jalani dengan rasa kehambaan.
Hindari menjadi hamba dunia.

#sama-sama mencari redha Allah swt


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. SEPTEMBER SUDAH MENJELMA PANTASNYA MASA TINGGALKKAN KITA

    BalasPadam
  2. Sekejap je kan masa berlalu.. Semoga sihat selalu kak pc

    BalasPadam
  3. cepat masa berlalu. semoga kita semua dilindungi dan dirahmati sentiasa =D

    BalasPadam
  4. Dah 3 September pun hari ini rasa macam baru aje cuti merdeka tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama