Header Ads

Jangan Malu Susun Semula

JANGAN MALU SUSUN SEMULA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


JANGAN MALU SUSUN SEMULA | Suka main blok-blok abjad,angka dan huruf jawi dan tidak ketinggalan jigsaw puzzle..ya itulah Perdu Cinta..dulu di suatu masa..melewati zaman kanak-kanak milo dan ribena.Pastinya setiap kita ada kenangan indah dan bergula yang sentiasa segar dalam ingatan.Allahu.

Jangan malu susun semula.

JANGAN MALU SUSUN SEMULA
Google image

Menyusun.Memadan.Mengisi.Begitulah simboliknya kehidupan yang dilalui hari ini.Setiap hari kita menyusun jadual seperti yang diingini namun jadual Allah yang tersedia untuk kita itu yang terbaik.Lumrah hidup mahu berpasangan dari jenis sendiri.Jenis ya,bukan keserupaan jantina *terdapat perbezaan ketara antara jenis dan keserupaan*.Bererti manusia pasangannya manusia.jelas dari jenis yang samakan.Lelaki dan wanita.Jodoh itu urusan Allah.Mencari,berkenalan itu usaha hamba.Allah mencipta kita malahan setiap makhluk untuk saling mengisi setiap ruang dan peluang  mengikut keperluan tertentu yang telah ditetapkan.

Jatuh - bangun dalam kehidupan.Melihat kejayaan yang berterusan itu indah.Melihat kepayahan berlanjutan itu mengundang rasa gundah.Semua kita lihat.Sekadar melihat.Tidak jatuhkah di sepanjang meniti kejayaan.Langsung tiada rasa mudahkah sepanjang melewati detik kepayahan.Pasti ada yang mungkin hanya tidak diketahui dan tidak dikongsi.Biar bagaimanapun warna dan lakarannya..jangan malu susun semula langkah..bangkit dan mulakan semula merakit supaya satu detik mampu meroket.

#sama-sama mencari redha Allah swt.

logoblog

11 ulasan:

  1. Kak Sue sejak dah berumahtangga, memang susun semua cara hidup Kak Sue untuk hidup yang lebih baik.. Tak nak anak-anak buat kesilapan yang Kak Sue pernah buat masa remaja.. InsyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga Allah permudahkan setiap apa yang kak Sue ingini..betul la kak Sue..nak beri yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga itu impian dan tanggungjawab..😊

      Padam
  2. terima kasih pc... cam tu la akak ni duk susun semula, kaih-kaih iman lemah ada ok ada deras ada juga down.... memang duk selalu menyusun la selagi hidup ni nak suh teguh... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tu jugalah PC ni kak..sama-sama kita susun dan perbaiki..moga bantuan Allah sentiasa bersama kita..dan dipermudahkan semuanya...aamin..😊

      Padam
  3. Jatuh bangun tu resmi kehidupan. Tak semua org terus berjaya tanpa jatuh. Jatuh tu boleh dijadikan pengalaman yg terbaik utk masa depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana..kadang orang nampak senangnya..yang jatuhnya orang tak peduli....moga setiap apa yang dilalui menjadi guru terbaik..aamin😊

      Padam
  4. Susunlah yang baik2
    agar hasilnya pun baik2 juga.

    BalasPadam
  5. Kita mmg perlu mengukur diri selalu dan susun semula apa yg tak betul.. moga Allah berkati diri kita semua agar tetap diatas jalanNya yg lurus.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..