Mahalnya Sebuah Pengertian

MAHALNYA SEBUAH PENGERTIAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Mahal.
Dan sangat berharga.
Tidak semua milikinya.
Tidak semua mempraktikkannya.
Tidak semua mahu usahakannya.
P E N G E R T I A N.

Mahalnya sebuah pengertian.
Mengurangkan beban.
Bukan dibahu.
Tapi dihati dan difikiran.
Melapang dan meringankan.
Memudah bukan menyesakkan.
Allahu.

Kalau anggapnya hal kecil.
Itu kesilapan besar.
Andai anggapnya remeh.
Itu tidak wajar terjadi.
Jika mengabaikannya.
Itu sebenarnya sedang menzalimi.

Pengertian.
Belajar memahami.
Belajar menyelami.
Belajar meletakkan diri pada situasi.
Tidak semua mahu.
Tidak semua setuju.
Pengertian itu halus dari jernihnya kalbu.

Berilah pengertian.
Nanti akan dimengerti.
Tidak akan rugi bila mahu memahami.
Kalau pun tidak mahu menyumbang bakti.
Sumbang doa yang tiada henti.

Mahalnya sebuah pengertian.
Membina sefahaman insani.
Menolak ego pada diri.
Memadam rasa ingin memiliki.
Itu rezeki.
Hargai.
Syukuri.
Jaga rapi.
Nikmat dari Ilahi.

Mahalnya Sebuah Pengertian

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

19 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Besar makna sebuah pengertian. Wujudnya perlu amat disyukuri kerana tak semua orang mampu mengerti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...kadang kita faham dan mengerti orang tapi tidak orang pada kita..kalau dapat pengertian itu besar nikmat.

      Padam
  2. besar makna sebuah pengertian. kerana tak semua orang mengerti.

    BalasPadam
  3. Berusaha untuk lebih mengerti..

    BalasPadam
  4. Benda berat boleh terasa ringan bila ada yang mengerti. :')

    BalasPadam
  5. pengertian itu terletak di hati kita.
    Ada orang yang tak mahu mengerti walau pun dia maklum akan perkara tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..terpulang pada diri mahu mengolahnya bagaimana..

      Padam
  6. Sukar mencari insan yang mengerti diri kita ni, kalau ada sudi sudilah menjaga perasaannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat..ada yang cuma sekadar dibibir pengertiannya..kalau Allah beri yg betul-betul mengerti..hargai.

      Padam
  7. Pengertian makin menjadi lagi mahal jika sesuatu perkara itu baru dpt dimengertikan setelah ianya terlambat... tiada tukar gantinya, wallahualam.

    BalasPadam
  8. bukan senang nak menjumpai seseorang yg mengenali, memahami dan mengerti diri kita.. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama