Header Ads

Jangan Biar Hati Kering Sangat

JANGAN BIAR HATI KERING SANGAT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


JANGAN BIAR HATI KERING SANGAT | Hati ayam,hati lembu..ada peminatnya yang tersendiri.Hati bila digoreng terlampau garing atau kering,keras dan liat jadinya.Ada yang suka makan hati..ada yang menjadikan suatu pantang larang.Bagi yang mengalami masalah kurang darah,pucat atau sering pitam,lazimnya dinasihati untuk makan hati haiwan yang halal dan suci untuk dimakan.Bismillah.Niatkan usaha selebihnya tawakkal.

Haiwan punya hati .. kita juga manusia Allah SWT ciptakan hati yang mewah dengan pelbagai rasa (emosi).Haiwan ada otak namun tidak berakal,justeru tidak menjadi isu pun jika hatinya kering.Namun acap kali tersorot dek pandangan kita..betapa rasa kasih dan sayang yang ada pada haiwan itu terkadang melebihi daripada kita yang manusia ini. Andai manusia yang Allah pinjamkan otak yang bersertanya akal pun berhati kering..maka agak keterlaluan jugalah di situ sebenarnya.

Jangan biar hati kering sangat.

Kosong pada pandangan,santai keterlaluan,seperti tiada apa-apa berlaku,tanpa reaksi..ya bagi PC begitulah hati kering.Tiada riak di wajah,tanpa sepatah kata diungkap.Beku atau membekukan diri.Ada yang sejenis ini.Ada yang jiwanya penuh empati.SubhanaAllah.

Jangan biar hati kering sangat.Tidak merugikan andai basahkan dengan banyak rasa dan warna.Sebenarnya untuk menunjukkan apa yang kita rasa tidak semestinya berlisan..tidak juga semestinya dengan tindakkan..boleh sahaja memilihnya mengikut kesesuaian danpilihan masing-masing.Hiduplah dijasad yang hidup..jangan mati dijasad yang hidup.

 Jangan biar hati kering sangat.

#sama-sama mencari redha Allah swt

logoblog

16 ulasan:

  1. Setuju dengan PC, kadang kala kita ni mudah alpa dan ada ketika buat hati kering..perlu duduk dan fikir semula kan..mengalah untuk sesuatu kebaikkan adalah perlu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batul kak SA...kalau ikutkan hati kering sendiri..mungkin juga lebih mengeruhkan keadaan hujungnya..susah juga macam tu...

      Padam
  2. Akhir zaman ni kak pc, ramai jumpa insan berhati kering. Nak jumpa senang je tengok dekat atas jalanraya. Allahu macam tak sayang nyawa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la Husniey..kan..dia hati kering..kita tengok darah pun jadi kering...menakutkan sungguh la.

      Padam
  3. Betul tu PC nanti makin liat makin susah dilembutkan semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang menakutkan sebenarnya..Allahu..sebelum itu terjadi..ubahlah.

      Padam
  4. hati juga perlu di siram dengan ilmu In Shaa Allah akan membuahkan kasih sayang dan kecintaan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..cara melentur dan mengacuankan hati..supaya kaya dengan aura yang baik-baik..

      Padam
  5. Hati kering ni klu bukan atas perkara yg betul mmg selalunya merugikan, malah ada sesetengahnya boleh sampai menggadai nyawa.. basahkan hati lebih baik moga lembut atas jalanNya yg lurus, in shaa Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..ada ketika perlu keringkan hati..ada masa lembutkanlah hati..kadang apa yang kita lakukan kesannya tu libatkan orang lain..kesian..

      Padam
  6. hati, susah nak jaga hati ni...kalau baik,maka baiklah kita,kalau kotor,kotorlah kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kena sentiasa cuci hati dengan istighfar..zikir..mahu tidak mahu itu sahaja caranya..

      Padam
  7. moga Allah jauhkan kita daripd hati yang kering..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...aamin...aamin..insyaAllah..doanya begitu sentiasa.

      Padam
  8. hati ini masih belum suci sepenuhnya.

    BalasPadam
  9. Semoga hati ini sentiasa terpelihara..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..