Muharram 1440H

MUHARRAM 1440H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MUHARRAM 1440H | Allahu.Hari ini.Bermula bulan Islam pertama Muharram.Bererti beralih jugalah tahun baru hijriah  menjadi 1440H.Muharram 1440H.Syukur.Allah masih lagi memberi kita peluang..moga 11 bulan berikutnya kita masih lagi di muka bumi Allah ini dan diberi kesihatan untuk terus beribadah dan taat pada-Nya.Aamin.

Maal Hijrah.Sejarah indah yang bermula menjadi detik perkiraan tahun Hijriah untuk kita ummat..perpindahan Nabi Muhammad SAW dan ummat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.Menyatukan Kaum Ansar dan Muhajirin."Demi menegakkan Islam tercinta"

Muharram 1440H.

Doa.Satu permulaan yang baik..sertakan dengan doa yang baik juga.Disunnatkan membaca Doa akhir dan awal tahun yang lazimnya dibaca setiap kali masuk sahaja bulan Muharram.

Muharram bererti "diharamkan".Ya,sirahnya..sebelum pembukaan Makkah,Allah malarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah ketika bulan Muharram.Rasulullah SAW pula menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah yang digelar "shahrullahi".Dalam takwim Islam bulan yang lebih mulia disisi Allah SWT..selain bulan Ramadhan..bulan Muharram juga mulia disisi Allah SWT lantaran dikenali sebagai bulan Allah SWT.

Antara Peristiwa Menarik Yang Berlaku Pada 10 Muharram


Sunting

🍒10 Muharram juga dikenali sebagai Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

🍒Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah.

🍒Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit.

🍒Nabi Nuh a.s diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

🍒Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

🍒Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.

🍒Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara.

🍒Penglihatan Nabi Ya'qub a.s yang kabur dipulihkan Allah SWT.

🍒Nabi Ayub a.s dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

🍒Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

🍒Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s dan pengikutnya dari tentera Firaun.

🍒Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah SWT.

🍒Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

🍒Hari pertama Allah menciptakan alam.

🍒Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

🍒Hari pertama Allah menurunkan hujan.

🍒Allah menjadikan 'Arasy.

🍒Allah menjadikan Luh Mahfuz.

🍒Allah menjadikan alam.

🍒Allah menjadikan Malaikat Jibril a.s

🍒Nabi Isa a.s diangkat ke langit


Permulaan baru.Peluang buka lembaran baru.Mungkin ada yang lebih senang atau selesa memilih tahun baru Masihi untuk perbaharui azam atau tindakkan..berbanding menjadikan tahun baru Hijriah untuk memulakan langkah yang baru dalam merencana urusan seterusnya.Tidak kiralah mana yang menjadi pilihan..namun niatkan semua usaha ke arah kebaikkan itu kerana Allah.


Muharram 1440H

#sama-sama mencari redha Allah SWT

18 comments:

  1. subhanallahh. banyak rupanya peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Muharram. thanks for sharing kak PC :D

    ReplyDelete
  2. Good sharing PC.. Salam Maal Hijrah

    ReplyDelete
  3. Salam Awal Muharram kak PC. semoga azam kita untuk tahun ni dipermudahkan Allah S.W.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awwal Muharram kembali Shu...aamin..kita usahakan ya😊

      Delete
  4. Allahuakhbar... byk rupanya peristiwa 10 Muharam... t.kasih pc.... nice sharing

    ReplyDelete
  5. Salam Maal HIJRAH PC. Banyak peristiwa penting berlaku dalam bulan Muharram ni. Semoga semua sirah tersebut menjadi asbab penghijrahan buat kita semua. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah juga kak Ana...aamin kak...😊

      Delete
  6. Salam Awal Muharram PC.
    Banyak rupanya peristiwa di bulan Muharram ni.
    Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. Terima kasih di ats perkongsian :)

    ReplyDelete
  8. Salam Maal Hijrah PC.. semoga Allah sentiasa memberkati dgn keberkatan dan kejayaanNya.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.