Urus Sebaik-baiknya

URUS SEBAIK-BAIKNYA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


URUS SEBAIK-BAIKNYA | Urus boleh diusahakan.Namun pengurusan sebenarnya hanya yang terbaik dari-Nya.Pun begitu buatlah sehabis baik sedayanya kudrat kerana setiap incinya ada penilaian dan ganjaran dari-Nya juga.Tolong jangan mensia-sia dan tolong jangan berputus asa.

Urus sebaik-baiknya.

Sebelum menjangkau ke hal yang lebih besar..mulakan dahulu urus sebaik-baiknya hal yang mudah dan kecil terlebih dahulu.Bila hal yang mudah diurus dengan baik,itu menjadi latihan sebenarnya buat diri sesiapa pun.

Urus sebaik-baiknya diri kita.Hubungan kita dengan Allah swt.Hubungan kita dengan sesama insan dan makhluk yang ada.Mentaati suruhan-Nya.Menjauhi larangan-Nya.Berkasih sayang satu sama lain.Saling menghormati dan menghargai.Sentiasa menjaga diri dan kaum keluarga.Seterusnya uruslah sebaik-baiknya ibadah kita..harta benda kita biarpun mungkin tidak seberapa atau tidak sebanyak mana.

Masa.Seharian kita bergelumang dengan masa.Urus sebaik-baiknya masa yang Allah pinjamkan.Sedayanya tidak berhabisan masa kerana tuntutan dunia sebaliknya sediakan juga untuk persiapan dan di tebus di akhirat kelak..*bab masa ini pun PC sering tewas..Allahu*. Bukan hal mudah ya mahu mengurus masa..tergelincir itu selalu..yang dah berlalu biarlah..untuk yang mendatang urus sebaik-baiknya.

Mengurus tidak usah terburu-buru.Lakukan satu persatu supaya nanti tidak menjadi bercelaru.Tetapkan niat.Jelaskan matlamat.Urus sebaik-baiknya apa yang dikehendaki supaya keperluan terjaga rapi.Aamin.

URUS SEBAIK-BAIKNYA

#sama-sama mencari redha Allah swt.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allahu... terima kasih pc atas ingatan... mmg diri yang lemah ni selalu gagal nak urus hubungan dgn Allah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC ni pun macam tu juga kak...asyik lalainya lebih kalau PC ni...moga Allah terima setiap amal kebaikkan kita...aamin.

      Padam
  2. Pengurusan mmg penting. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.. terima kasih atas peringatan ini PC. Semoga Allahs sentiasa memberkati.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat pentingkan Tn KK..aamin..keberkatan sangat penting bagi PC..tak kiralah dari sekecil perbuatan hingga sebesar tindakkan..

      Padam
  3. Tersemat dalam hati setiap ayat yang PC nyatakan di sini..
    In shaa Allah, masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin terutama masa dengan Allah s.w.t..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu..ni ingatan untuk PC juga kak..moga PC tidak hanya berkongsi tapi tidak aplikasi..

      Padam
  4. Balasan
    1. Betul...minta Allah sentiasa bantu kita supaya tidak merancang kegagalan...aamin.

      Padam
  5. Balasan
    1. Betul kak PI...moga setiap detik itu bermanfaat..aamin.

      Padam
  6. Kadang-kadang, saya gagal menguruskan masa juga... Terima kasih mengingatkan sesama kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC juga tidak terkecuali Tn NA...Allahu.Malu dengan Allah juga sebenarnya...

      Padam
Terbaru Lebih lama