Cabaran Seorang Blogger

CABARAN SEORANG BLOGGER
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


CABARAN SEORANG BLOGGER | Siapa pun kita.Di mana kita berada,cabaran itu sentiasa ada.Tidak mengira waktu pun sebenarnya.Cabaran paling besar adalah kita ini sebagai hamba-Nya,bagaimana mahu mentarbiah diri agar berusaha sedaya kudrat untuk memantapkan keimanan pada-Nya.Menyerlahkan syariat-Nya di celah-celah indahnya tarikkan duniawi.Allahu.Apa pun yang kita lakukan,biar sehabis baik.Memberi manfaat.امین.

Cabaran seorang blogger.

Hebat.Wallahi sangat jauh daripada PC yang hingga kini masih terkial-kial memperbaiki itu ini sana sini sebagai seorang blogger kecil dan terpencil.Sangat ramai sahabat blogger yang PC kagumi.Semangat mereka.Istiqhamah berkongsi pelbagai ceritera dan info-info serta tips-tips berguna.Pelbagai cara diguna.Banyak sumber mereka gali untuk terus gigih berkongsi setiap hari.Status dan tanggungjawab yang digalas itu tidak sama sekali dijadikan satu alasan.SubhanaAllah.Syabas sahabat-sahabat blogger.

Secara peribadi cabaran seorang blogger daripada sudut pandangan Perdu Cinta..

💌Masa.
Sama setiap kita Allah pinjamkan 24 jam 7 hari seminggu.Ya sama NAMUN cara menguruskan masa setiap kita adalah berbeza-beza mengikut cara dan keinginan masing-masing.Ikut keselesaan individulah senang cakap.Justeru tidak hairan mengapa ada yang hanya berkongsi satu entri sehari..dan ada yang mampu berkongsi hingga empat ke lima entri sehari.Pengurusan masa itu sangat penting juga bagi seorang blogger lebih-lebih lagi yang menjadikan blog sebagai medium sumber pendapatan.

💌Lawan rasa.
Lumrah manusia.Macam-macam rasa ada.Bukannya setiap hari perasaan atau emosi sentiasa berada dalam keadaan baik.Ada ketikanya mendung sepanjang hari.Ada masanya lemau mengalahkan keropok yang dah seminggu masuk angin.Bila rasa malas dan ke laut datang..tidak mustahil bersawang sana sini blog.Hendak melawan rasa-rasa yang membinasa itu sukar.Kadang perlu dipaksa-paksa.Kenangkan kesungguhan rakan yang singgah blogwalking dan menitipkan komen..itu meniupkan semangat kembali.

💌Idea.
Bagi PC banyak cara dan sumber boleh diusahakan untuk mencari dan mendapatkan idea.Terkadang apa yang berada disekeliling sendiri atau di hadapan mata sendiri boleh dijadikan idea untuk menulis dan dikongsikan kepada sahabat blogger lain.Di saat berasa tepu untuk mencoret..cari ruang untuk rehatkan diri.Santai.Jalan-jalan.Letih fizikal,mental dan emosi juga merencatkan blogger untuk kembangkan idea menjadi satu hasil karya yang bagus.Tak apalah apa yang disampaikan ringkas,yang penting ikhlas dari hati dan boleh menjadi saham pada kita.Doa minta Allah dekatkan ilham yang baik-baik supaya kebaikkan melalui tulisan itu dapat disebarkan.امین.

💌Wahana (alat,perantaraan,gadjet,medium).
Ada masa,mood on,idea kencang.......tiba-tiba wahana pulak bermasalah.Laptop rosak..komputer rosak..tab rosak..notebook rosak..smartphone moody..Allahu.Seorang blogger sememangnya memerlukan diantara ini semua..ianya menjadi medium untuk menyampaikan dan perkongsian.Justeru bukan satu hal yang aneh seseorang blogger itu sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan wahana yang terbaik termasuklah sedaya upaya memilih  tawaran perkhidmatan jaringan internet yang berkualiti.Untuk mempersembahkan sebuah karya yang terbaik.

Cabaran Seorang Blogger
#sama-sama mencari redha Allah SWT




27 comments:

  1. Kalau ikut nafsu, boleh sahaja menulis macam-macam hal dan perkara. Tapi di usia ini, kakcik lebih memikirkan 'apakah faedah' yang boleh didapati oleh mereka yang singgah dan sudi membaca walau hanya dari sebaris ayat yang kakcik nukilkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kak...kalau ikut nafsu rasanya setiap jam akan ada sahaja yang dikongsikan..tapi bagaimana nanti kesannya pada kita..bukan di dunia sahaja malahan hingga bekalan ke akhirat kelak..😊

      Delete
  2. betul tu.. kadang2 ada masa internet xda.. kadang2 ada internet masa pula xda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kadang semua ok...kesihatan pula tak mengizinkan..Allahu😊

      Delete
  3. waktu aida blogging is pagi, PC.
    settle asben & anak kuar rumah keje & skola.
    sidai baju settle.
    kemas dapur settle.
    what to cook for lunch settle.
    then, akan dok depan tv, update blog.
    other than that, tak free. mlm, dgn anak-anak. alhamdulillah. tu priority tu kan.
    pengisian. more to hal sendiri. positif. yg boleh di share dan manfaat kan readers.
    blogwalking. wajib. i love reading. blogs & books.
    wahana. my macbook is wajib. dari phone, tak best. lambat nak taip hi hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat dan tertibnya dijaga.Alhamdulillah..betul dah tu..selesaikan semua urusan rumahtangga dan peribadi yang mesti digalas..dah selesai semua baru fokus pada blog.InsyaAllah hati tenang,fikiran pun lapang.😊

      Delete
  4. Setuju sis, kadang ada halangan berlaku... yang penting apa yang cuba disampaikan terus terindex di google.. lama-lama orang baca juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..betul..pastikan yang baik-baik dikongsikan..setiap carian dan apa yang dibaca dari apa yang disampaikan menjadi saham untuk kita sebenarnya..😊

      Delete
  5. betul tu kak, kadang dah semangat nak menulis, tup-tup anak ajak main. ok tinggalkan kejap. dah login akaun, hilang pulak ideanya. hahaha bila dah menulis, takda pun internet. hahaha

    tapi kan benda ni buat kita tersenyum tanpa sedar. macam-macam hal terjadi. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la...hehe...ini menjadi cabaran sebagai seorang blogger.Wslau pada asalnya suka-suka..tapi bila kita sayang blog kita...menghargai sahavat-sahabat blogger..keinginan untuk sentiasa menulis dan verkongsi tu ada.Jadi betul..apa cabarannya akan menjadi kenangan indah.

      Delete
  6. Mama faham semuanya.. mama pun Sama jr. Lama dah berhibernasi mama ni mood kelaut semoga Kita terus istiqomah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ke laut yang kadang terus ghaib dibawa angin...Allahu😊

      Delete
  7. Kak ana hanya mampu 1 hari 1 entri je PC. Kadang tu takde pun. Idea dan kerajinan lately ni macam susah nak dtg. Hehe. Tp kalau dah ada tanggungjawab kena gagahkan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak..satu masa dulu PC pernah 1 hari 3 entri..tanya semula pada diri..apa yang PC nak dan cari sebenarnya...follower,pageview,asal boleh,kualiti atau kuantiti.PC tewas.Sebab nak hasilkan entri yang bagus sangat susah.Tu yang PC sangat kagum bila rakan-rakan blogger boleh hasilkan banyak entri sehari..tahniah.

      Delete
  8. Banyak terperam dalam draft.. :(

    ReplyDelete
  9. Semoga istiqamah.Kalau kita meninggal pun.Ada ilmu yang tersebar melalui blog.Boleh juga pahala berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..asal yang dikongsi hal dan perkara bermanfaat...aamin.

      Delete
  10. Setuju semua yang kak pc senaraikan ni, betul tu kadang yang duk depan mata pun boleh jadi idea untuk menulis kan.. Kena bijak bahagi masa kalau jadi blogger ni, husniey belum mampu kadang tu tak sedar seminggu belum update apa apa. Macam macam cabaran yang ada bila nak siapkan satu entri tuu, lagi lagi kalau cerita tu panjang.. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....kan..samalah..ada masa masalah kebuntuan melanda.Kak PC kadang bab masa pun celaru juga.Adoilah.Tapi itulah yang utama lebih-lebih bila balik kampung atau ada urusan yang perlu perhatian lebih..tidak mystahil bloh terabai.

      Delete
  11. setuju apa yang PC catatkan ni..

    masa memang antara cabaran yang besar buat seseorang penulis yang kekadang ada deadline..fuhh

    memang thumbs up pada yang mampu membuat 3 posting sehari tapi diharapkan biarlah berkualiti dan bermanafaat buat semua dan jangan juga main copy paste...

    #sekadarpendapatsendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menulis tak mudah kan kak...dulu sebelum PC ada blog..baca blog orang...rasa senang je menulis...merapu ke...ikut suka ke...tulis jelah...tapi bila ada blog sendiri...sebenarnya banyak hal yang mesti dijaga..banyak benda yang mesti bijak diurus..

      Delete
  12. Semuanya Mrs. A setuju cabaran seorang blogger by PC tu.
    Ada masa tak terfikir pula yang Mrs. A tahu blogging slam hehehe...

    ReplyDelete
  13. Ke empat-empat tu memang cabaran hebat seorang blogger.. Ada masanya tak mampu nak BW.. Ada ketika idea entab kemana maka berhari hari blog tak berupdate.. semoga sha,bPC dan rakan blogger yang lain sentiasa diberi ilham untuk berkongsi perkara baik di blog.. Aamiin..

    ReplyDelete
  14. Kesabaran perlu tinggi untuk menulis dan terus menulis. Ingat jangan berhenti menulis.

    ReplyDelete
  15. Saya banyak menghadapi cabaran rasa..

    rasa malas itu yang paling kuat untuk menghambat mood untuk terus menulis blog

    ReplyDelete
  16. Setuju PC.. apa pun, menulis dan terus menulis selagi diizinkanNya. Moga ada nilai tambah bermanfaat buat pembangunan insaniah di dunia dan juga saham akhirat, in shaa Allah.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.