Teruslah Jangan Bertangguh Lagi

TERUSLAH JANGAN BERTANGGUH LAGI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt



TERUSLAH JANGAN BERTANGGUH LAGI | Kita berhenti sedangkan waktu terus bergerak.Menjauh yang tidak mampu pun dikejar.Berganti setiap detiknya.Dengan bab yang berbeza.Dengan lakaran yang lain bentuknya.Sudah berada dihujung bulan Oktober.SubhanaAllah.InsyaAllah.Moga Allah izin.Aamin.

Teruslah jangan bertangguh lagi.

Yakin.Mahu mengumpul rasa yakin bukan kerja mudah.Goyah itu paling senang.Yakin ini melibatkan banyak hal terutama kekuatan dalaman dan kesanggupan untuk menanggung dan menguasai risiko.Tiada kejayaan tanpa kejatuhan.Tiada manis tanpa pahit.Itulah kehidupan..dalam merintis keinginan.Yakin Allah SWT senantiasa ada untuk membantu dan memantau sesiapa pun kita.

Terbuka.Tempayan yang terbuka lebih mudah dipenuhi air hujan berbanding sebaliknya.Ada masanya perlu terbuka dan jangan lupa ada saatnya mesti betul-betul tertutup.Kalau dirasakan perlu dan wajar untuk teguh berasa sakit demi kebaikkan..mengapa tidak.Kritikkan itu menyakitkan.Hehehe.Buat keras..teruslah jangan bertangguh lagi.

TERUSLAH JANGAN BERTANGGUH LAGI

Kenal pasti.Teruslah jangan bertangguh lagi apabila mahu bertindak pada perkara-perkara yang betul dan baik bukan sahaja untuk diri sendiri,malahan untuk orang lain juga.Kenal pasti persekitaran lalu lakukan.Mungkin langkah pertama kita menjadi halaman baru buat orang lain.Bila suatu yang baik itu diikuti..insyaAllah kebaikkan-kebaikkan lainnya menyusul.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


5 comments:

  1. akak ni jenis bertangguh juga... kena kuatkan semangat supaya tidak bertangguh dlm apa2 hal ni... thanks for sharing pc

    ReplyDelete
  2. KERJA BERTANGGUH TIDAK MENJADI

    ReplyDelete
  3. kalau x kuat semangant mmg tpaksa bertangguh..

    ReplyDelete
  4. Kerja yang jadi amanah tak boleh bertangguh kan kak pc, moga husniey dijauhkan sikap ni kadangnya suka letakkan sesuatu alasan untuk tangguh urusan :(

    ReplyDelete
  5. Selagi bernyawa, selagi itu teruslah berusaha atas perkara yg baik.. usah bertangguh selagi mampu dan serahkan selebihnya kepada ihsan dan kekuasaan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.