Header Ads

Bahaya

BAHAYA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BAHAYA |Terdedah atau tertutup.Bahaya sentiasa ada di mana-mana sahaja sebenarnya.Kita sedar  atau sebaliknya itu sahaja bezanya.Berjaga-jaga atau melakukan kecuaian bahaya sering mendekat boleh juga menjauh.Mohon Allah SWT sentiasa lindung kita semua daripada sebarang musibah dan bahaya.

Bahaya.

bahaya

Berada dalam situasi bahaya setiap daripada kita pasti mahu hindarinya sedaya upaya yang boleh dan terbaik.Namun adakala baik sengaja atau tidak sengaja diri sendiri mengundang bahaya itu mendekat.Mungkin sesetengah perkara kita adalah mangsa yang betul-betul teraniaya tapi pada satu bab lainnya sebenarnya kita sendiri membuka dan memberi jalan agar orang yang sentiasa mencari peluang untuk menyakiti kita.Lebig baik sedari awal kita mengenal musuh atau bahaya yang di bawa daripada rasa kejahatan atau pembinasa itu tumbuh dalam diri seorang yang bergelar ''kawan'' atau ''sahabat''.

Apa yang kita lisankan juga penyumbang kepada bahaya.Bahaya pada diri sendiri.Bahaya pada orang lain.Sasaran itu akan pecah dan tersebar kerana untuk menyakiti kadangkala ianya tidak semestinya pada sasaran utama sebaliknya pada apa yang berada disekeliling kita.Juga siapa yang paling hampir disekitar kita.Tiada istilah bertindak cerdik tatkala rasa amarah menguasai diri.Tiada istilah empati bila memberat rasa dengki dan iri hati.Mungkin ada yang dengar kemudian padam.Ada yang dengar tetapi simpan.Simpan yang baik itu bukan masalah tapi simpan tidak sepatutnya itu padah.Hati-hatilah.

Apa yang kita nikmati.Makanan.Lebih makan membinasakan tubuh sendiri.Punca penyakit itu daripada perut.Kenyang perut senang hati.Jika berlebihan hujungnya menyusahkan hati💔.Hiburan.Berlebih-lebihan juga bahaya..Boleh terbawa-bawa menjadi lalai sentiasa jika tiada kawalan sewajarnya.Tapislah demi kebaikkan diri sendiri dan jangan sampai mempengaruhi orang lain.Banyak nikmat Allah SWT pinjamkan pada kita.Sangat banyak.Untuk menghindari bahaya,nikmati semuanya dengan paling sederhana.Syukurilah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



logoblog

11 ulasan:

  1. Terima kasih untuk nasihatnya.

    BalasPadam
  2. Setuju.. Apa apa perbuatan pun kalau kita terlebih jadi bawa mudharat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Husniey..halan tengahnya adalah sederhana itu indah😊

      Padam
  3. Terima kasih atas kata-kata.. Pengubat jiwa. .

    BalasPadam
  4. Semoga kita sentiasa dilindungiNya..

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang dah tahu bahaya tapi masih nak mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu mencari masalah sebenarnya kak kak😊

      Padam
  6. Peringatan yg baik utk direnungkan bersama.. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari sebarang bahaya dan kemudataran.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..