Pancing Dan Umpan

PANCING DAN UMPAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


PANCING DAN UMPAN | Bagi kaki pancing atau sekadar hobi sederhana,pancing dan umpan seolah menjadi sahabat karib.Mungkin seorang nelayan dilaut cetek atau dalam keperluannya lain-lain mengikut keperluan situasi.Andai sekadar ditempat biasa-biasa..pancing dan umpan memadai.Lain target tangkapan lain saiz dan beza jenis umpannya..

Kata abah mertua PC..Mahu belajar dan melatih diri bersabar..cubalah sesekali memancing..setelah modal,masa,tenaga yang dilaburkan..bila mana umpan habis namun tiada satu pun hasil yang di bawa pulang.SABAR TAK ketika itu..di saat bukan dan belum rezeki ada..

Pancing dan umpan.

Waspada.Tersilap,tersasar,tergelincir itu perkara biasa.Tidak mustahil berlaku pada sesiapa pun.Pada pemahaman atau pemikiran juga tindakkan.Khilaf itu sentiasa boleh terjadi walaupun telah terlebih dahulu berjaga-jaga atau siap siaga.Waspada pada segenap unsur disekeliking kita.Niatkan segala usaha untuk lindungi diri dan keluarga kerana DIA.Berdoa minta Allah SWT elakkan kita semua daripada termakan umpan kata-kata yang membinasa.امین.

Taktik dan teknik.Adik beradik.Saudara mara.Kawan-kawan.Ada sahaja idea masing-masing bagaimana untuk menarik perhatian satu sama lain.Taktik dan teknik pancing dan umpan biasanya digunakan.Lucu kisah semalam PC.

Pancing dan umpan.


Biras : Kak tengok ni..
PC : Buah tu..terliur oii..
Biras : Abang dengan akak sukakan buah ni..
PC : Haah..😍
Biras : Balik kampung kak..ada lagi untuk akak dengan abg..
PC : Kan baru dua minggu lepas kami balik..
Biras : 😔..alah misi gagal..
PC : 😖😏

Begitulah kehidupan ini.Allah SWT tebarkan begitu banyak nikmat yang boleh diibaratkan umpan.Bijaklah memilih dan memanfaatkannya supaya nanti tidak merosakkan roh dan jasad sendiri.

#sama-sama mencari redha Allah SWT.

16 comments:

  1. hehehe.. seronok diorang kalau dapat berkumpul ramai2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada yang tak balik...memang siaplah dengan macam2 umpan...😅

      Delete
  2. selalu jugak hantar gambar kat group nak suruh kwn kwn balik :p

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. 😅masa PC balik kampung belum masak lagi...ni dah cantik meranum dia..

      Delete
  4. Banyaknya mangga nya Kak PC. wah ayah mertua kak PC suka memancing ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅geram tengok dah masak2 tu..betul,abah mertua kak PC sangat suka memancing..terapi katanya.

      Delete
  5. sedapnya buah tu.. best mkn dengan kuah rojak atau kicap. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😄setuju...cari yang mengkal..rangup..fuhh..terliur la pulak.

      Delete
  6. MUSIM MEMPELAM LA NI YA.SEDAPNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅alhamdulillah,betul kak PI..tapi PC balik tempoh hari tak masak lagi..

      Delete
  7. sedapnya kak buah pelam tu. terliur nak menyicah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅betul...geram kan tengok.Akak pun rasa gitu..geram je tengok..adoilah..bukan rezeki makan..rezeki tengok je ni.

      Delete
  8. Mempelam tu menarik selera hehee.. tp mmg betul, sabar itu besar hikmahnya. Allahuakbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅terliur rasanya..jadi teringin kan Tn.Sangat besar hikmahnya dari sabar kerana dapat mengawal banyak perkara.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.