Pengertian SEDERHANA..Terserah Akulah

PENGERTIAN SEDERHANA..IKUT AKULAH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PENGERTIAN SEDERHANA .. TERSERAH AKULAH | Berlebihan.Terlalu berkurangan.Tengah-tengah antara keduanya adalah KESEDERHANAAN.Tidak keterlaluan dibahagian mana-mana pun.Memudahkan.Meringankan dan mematuhi apa yang Islam anjurkan.SubhanaAllah.


PENGERTIAN SEDERHANA .. TERSERAH AKULAH

Pengertian sederhana..terserah akulah.

Hormat.Bila sebut sederhana,setiap orang akan menjelaskan pengertian sederhana itu daripada sudut pandangan dan situasi yang dilalui.Sederhana bagi orang yang memang sederhana kehidupannya seharian..memiliki dua pasang baju baru itu sederhana.Manakala bagi orang yang mewah kehidupannya,memiliki lima almari pakaian berjenama itu juga di anggap sederhana baginya walhal bagi kita yang melihat  daripada kacamata insan biasa-biasa menganggapnya itu lebih mewah.Bagi mengelakkan timbul rasa-rasa yang kelam,gelap dan hitam dalam hati..hormatilah sahaja.

Akur dan berlaoang dada.Pandangan helang dan nuri tidak sama bukan.Jadilah mata lebah yang sentiasa mencari bunga-bungaan dan haruman serta kebersihan..jangan menjadi mata lalat yang selalu gemar akan kekotoran dan bauan yang tidak menyenangkan.

Sisihkan.Mahu sisihkan rasa riak,ujub dan takbur pada diri TIDAK mudah.Sangat-sangat SUSAH.Kalau tidak dilisan ianya diluah..takutnya dihati ianya bersarang.Kadang di mulut menafi tapi dilihatkan pada perbuatan.Justeru untuk menasihati,atau memperbetulkan apa yang keterlaluan condong ke arah kesederhanaan mestilah sepertinya bermain layang-layang..seperti juga menarik rambut dalam tepung lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan insan beranggapan "pengertian sederhana .. terserah akulah"

Salam Jumaat indah untuk semua sahabat di mana pun kalian berada.Moga sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah SWT.امین.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

3 comments:

  1. Salam Jumaat PC. Bersederhana tu banyak baiknya. Baik dari segi perlakuan dan kerja. Moga kesederhaan tu menjadi asbab mendapat keredhaan Allah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Husniey selalu rasa kagum dengan seseorang yang berada di level tinggi (tak kira apa bidang) tapi sentiasa merendah diri dan tak berlebihan dalam sesuatu perkara.. MasyaAllah, terus doa dalam hati supaya Allah bantu kita untuk jadi insan hebat akhlaknya.. bila lihat yang kurang baik, moga Allah lindungi dari berperilaku buruk

    ReplyDelete
  3. Mudah2an kita semua sentasa tergolong dikalangan insan2 yg merendah diri sentiasa ingat kepadaNYA.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.