Gula-gula

GULA-GULA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Tebu hitam susah carinya
Banyak khasiat itu katanya
Berlebihan manis ada bahayanya
Lebih baik mencegah daripada merawatnya

Mahu menunjukkan cinta luar biasa
Lain darpada yang lain konon mahunya
Jangan manis hanya pada kata-kata
Hujung cerita mengecewakan jiwa

Masuk hutan memburu rusa
Dapat seekor rusa betina
Tidak perlu berjanji setia
Buktikan sahaja mana semampunya

Kelihatan biasa-biasa ada baiknya
Dianggap miskin tidaklah mengapa
Biarlah hidup sederhana
Doanya manis hingga berakhir nyawa

Nenek tua jalannya bongkok
Walau bongkok cerah matanya
Sudah dapat santan semangkuk
Hampas sudah tidak berguna

Jarum patah dalam peti
Ada kisahnya bukan kerana ada sakti
Tulus lurus sebuku hati
Kanak-kanak atau dewasa jangan dibohongi

gula-gula
#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sangat tersirat dengan nasihat pantun sis.. kadang-kala sukar untuk kita sampaikan pesanan dalam bentuk suara, dengan kata-kata kiasan adalah lebih baik dan bermakna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..lagilah kalau yang besuara itu bukan sesiapa..lazimnya dipandang sepi sahaja Bro NA..

      Padam
  2. cekur manis dan ulam raja
    ditinggal kering di atas para
    jangan manis di bibir sahaja
    sedang di hati lain bicara... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah dibina dengan batu bata
      Lebih sejuk begitu katanya
      Sangat benar bagai kakcik kata
      Biar sama luar dalam setara

      Padam
  3. Cukup hebat menasihati dan berguna ..dimanfaatkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Etuza..alhamdulillah moga bermanfaat ya.

      Padam
  4. Nice quote kak pc
    tersirat maknanya :))

    BalasPadam
  5. lama dah tak berpantun ni. hehe

    BalasPadam
  6. Pantun yang tersirat dengan nasihat dan peringatan.. suka dengan pantun ke4. Biarlah kelihatan miskin asalkan hati kaya dgn rahmat keimanan, hati tenang dgn kehidupan dan dicukupkan segala keperluan dgn sepenuh kemuliaan dunia dan akhirat.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama