Jangan Dibiar Berulang

JANGAN DIBIAR BERULANG
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Sana sini berlaku bencana
Itu semua tanda kasih DIA
Semua kita mesti sentiasa menjaga
Kelak menyesal tiada gunanya

Jangan asyik fikir masih selamat
Dunia kian menghampiri kiamat
Tidak semua balasan tunggu di akhirat
Balasan sedari dunia jelas terlihat

Satu langkah boleh menjadikan kelam
Kelam hidup silap bertindak
Fikir-fikir lebih mendalam
Tidak rugi berfikir sebelumnya bertindak

Hidup ini ada aturan
Aturan untuk kebaikkan semua
Apa yang terjadi itu teguran
Teguran untuk lebih berwaspada

Bukan semua berlaku mendadak
Sedari awal sudah ada amaran dari-NYA
Ambil iktibar kemudian bertindak
JANGAN DIBIAR BERULANG peristiwa

Jangan Dibiar Berulang
Google GIF image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Banyak bencana alam berlaku hari ni. Semua tu amaran dari Allah bg yang berfikir. Semoga kita sempat untuk menambah amalan kita sementara masih ada masa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Ya,bagi yang berfikir..moga2 berfikirlah.

      Padam
  2. Peringatan demi peringatan, ujian demi ujian.. semoga yg menghadapinya tabah dan semoga kita ambil iktibar perbaiki kelemahan diri. Mudah2an Allah sentiasa melindungi kita semua.. aamiin ya Rabb.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Tanda Allah kasih dan mahu beri peluang...

      Padam
  3. Bencana yg menimpa perlu dijadikan peringatan dan iktibar supaya Kita tidak leka dan agar Kita lebih dekat dengan-Nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.Berusaha perbaiki diri moga tidak mensia-siakan masa yang berbaki.

      Padam
Terbaru Lebih lama