PENTING SANGAT KE AIR TANGAN TU..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
PENTING SANGAT KE AIR TANGAN TU.. | "Air tangan" .. membawa erti "masakkan seseorang".Boleh jadi masakkan daripada seorang ibu,seorang ayah..isteri atau suami atau air tangan seseorang yang kita ingini.
Penting sangat ke air tangan tu.
Belajar masak tak rugi.Masaklah walau yang mudah-mudah je.Masak yang boleh di makan.Diri sendiri makan..orang lain makan tak sakit perut.Bila dah kawin takkan hari-hari nak makan kat luar.-Mama-
Selalu mama pesan begitu.Aneh dipendengaran yang waktu itu PC baru darjah dua.Umur 8 tahun,suruh belajar masak..sebut bab kawin.Cuba suruh main..fuhh tak suruh pun berdesup."Aaaape ke merepek mak aku ni".....itu dulu yang PC fikir dan anggap.Budak-budak sangat.Huhu.Tapi budak dulu dengan budak sekarang sangat jauh beza bawaannya.Lain zaman lain warnanya.Tak gitu.Sebenarnya untuk jangka masa panjang ianya BUKAN cakap dan nasihat yang kosong dan sia-sia.Mewah kebenaran,melimpah hikmah.
Lain orang lain pendapat.Ada yang berasa makan di luar atau bungkus makanan dari luar itu lebih menjimatkan.Ada juga anggap sebaliknya kerana tambah kuantiti maka tambah harga dan wang juga.Sedang kalau memasak di rumah boleh ulang makan tanpa tambah bayaran.Masak lebihkan asal tidak membazir,itu dah ok sangatlah.
Kalau ada yang tanya pada PC..penting sangat ke air tangan tu..pandangan peribadi PC adalah YA!..penting.Bagi PC air tangan ni ada magisnya..ada hikmah dan manisnya luar biasa.Memikat hati.Kebersihan dan kualitinya terjaga.PC tidak prejudis pada yang lebih memilih beli atau sepenuhnya makan di luar..tidak..kerana setiap orang ada sebab atau alasan masing-masing..cuma untuk PC sendiri..menikmati makanan di luar...di warung,restauran,makanan segera pizza,KFC,McD dan sebagainya itu perlu sekali sekala.Bergantung pada situasi,masa dan keperluan.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Air tangan keluarga sendiri tak kan pernah sama dgn beli kat luar. Kak ana sampai skrg hari2 makan dari air tgn mak. Perasaan dia lain. Sedap dia jgn cakap lah. Hehe
BalasPadamSetuju la kak...Allah beri nikmat rasa tu lain macam sebenarnya...
Padambetul Kak PC. Air tangan ni ada aura dia sendiri :)
BalasPadamAura yang boleh dirasa susah diterjemah kan Fatin.
PadamSetuju.. Tu dia darjah dua dah belajar masak ya kak pc.. Wow
BalasPadamHusniey dulu belajar masak dengan mak tapi tak banyak mana. Cuma tahu asas je. Mak husniey risau bila pilih kahwin awal selepas study. Haha nasibla husniey study dulu bidang masak² jadi bolehla masak untuk suami. Kena asah kena rajinkan diri demi keluarga kan. Kalau makan luar selalu pokai jugak tu. Lagi pun kebersihan belum terjamin. 😁
Betul...darjah dua dah disuruh masak...masak yang mudah..bubur nasi...tercegat depan dapur tu tunggu sampai bubur menjadi...tapi mama pantau sebab apikan bahaya...
PadamTakpe yang penting rajin dan ada usaha nak belajar dan masak untuk suami serta keluarga..😁
kak PC serius cakap mak pun selalu bising dgn shu bab masak ni, katanya nanti dah kawen takkan hari-hari nak ajak laki hang makan luar. shu buat tak port ja sebab masa tu study lagi.
BalasPadamsekarang bila dah kawen. baru rasa nikmat duduk makan dirumah sambil borak-borak tanpa ada gangguan. cuci pinggan bersama-sama. eh! haha kalau teringin nak tutup dapur, terpaksa ajak suami makan kat luar jugak kak.
Betul la shu....dulu rasa mcm kenapalah asyik suruh masak...balik2 isu masak nnti dah kwin senang...adoiii..tapi sekarang...kak PC selalu cakap terima kasih kat mma sebab dulu bising suruh bljr masak..pemikiran orang tua ni jauh...untuk kebaikkan anak2..sesekali pun kak PC makan kat luar juga Shu.
Padamada baiknya orang tua dulu-dulu. sekarang kita baru tahu nape mereka selalu bising, sebab sayangkan kita.
Padamair tangan boleh memikat hati sesiapa yang memakannya.
BalasPadammasak sendiri lebih diyakini sebab lebih bersih, lagi2 masak untuk orang yang kita sayang.
Nasib baik la kita ni suka memasak. heheheeh .
harap org yang memakan tu teringat2 la air tangan ni.:P
bila masak dgn air tgn utk family tercinta rs lain sgt compare dgn beli tp depend juga..ada suami tk kisah isteri masak ..ada juga suami kisah..mmg nk sentiasa isteri masak..so terpulang la pd pasangan masing2 tp seeloknya isteri masak utk suami and family tercinta
BalasPadamMrs. A pun setuju dengan PC 'penting air tangan tu' seolah macam ada roh dan jiwa pada masakan tu.
BalasPadamaida setuju.
BalasPadammakan luar hanya sekali sekala.
suami & anak --> penting nyer la air tgn isteri / ibu.
ikat kasih syg. makan bersama.
and, yes betul tu. terjamin kebersihan, kesegaran bahan dan halal nyer, kan.
in shaa Allah...
ada kala, sampai gak time yg pada aida, makan luar jer la. sebab kekadang letih.
dan kekadang tu sendiri boring makan air tgn sendiri :) ha ha ha ha ha ha...
Zumal pun setuju dengan PC tentang peri pentingnya air tangan tu
BalasPadam