Header Ads

Kebuntuan Seorang Blogger..Eh!

KEBUNTUAN SEORANG BLOGGER .. EH! | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Adakah seorang blogger berasa buntu?..Atau mungkin PC sahaja yang berasakan begitu.PC bukan sahaja pernah melalui detik kebuntuan...malahan diserang sikap syok sendiri dan kejutan budaya dalam berblog.Bila dikenang boleh senyum sendiri.Tapi lebih banyaknya rasa malu dan jelas ke"jakun"annya.

Teruja yang membawa padah.Pemilihan template,warna dan menghias blog satu yang menjadi kemestian bagi seorang blogger tak kiralah yang baru mahupun yang senior..ketika itu maklumlah "newbie" gitu kononnya PC ni.Semua gadjet nak dipasang.Pantanglah nampak yang comel mula nak syok sendiri.Hinggakan siput lebih laju geraknya berbanding loading blog PC😥.Akhirnya PC pun bertaubat cuba mencari yang minimalis.Jangan berhenti menggali ilmu dalam lapangan berblog ini.Teruskan.Ilmu sentiasa berkembang dan bertambah.

Kebuntuan seorang blogger .. eh!.

Buntu menentukan matlamat atau haluan blog sendiri itu satu hal yang tidak dapat disangkal.Tekapai-kapai menentukan "niche" satu yang lumrah.Ibaratnya macam baru mula buka perniagaan.Masih mencuba-cuba mencari apa yang dapat menarik perhatian dan minat sahabat-sahabat yang sudi singgah.

Kebuntuan Seorang Blogger..Eh!

Singgah atau blogwalking.Blogger juga memerlukan komunikasi dua hala.Secara maya.Singgah,baca dan meninggalkan komen.Diketika ini timbul kebuntuan apabila kotak komen sememangnya tidak ada (tidak diaktifkan) atau tidak terpapar disebabkan masalah tertentu.Dah baca,nak ulas eh tak ada pula tempatnya.Tidak mengapa kerana ianya membantu juga sebenarnya.Sengaja tidak mahu komen atau sebaliknya tetap membantu menambah pageview sahabat blogger.Niatkan sedekah.Lillahitaala.

Citarasa.Setiap blogger akan berkongsi apa sahaja yang disukai.Blog sendiri maka dengan senang hati mahu dicorak dan diwarnakan bagaimana.Kita suka belum tentu orang suka.Setiap orang ada citarasa.Kalau singgah ke blog sahabat-sahabat...apa yang dikongsikan tak menarik minat atau tak menenuhi citarasa..jangan terus pangkah...bacalah niatkan kutip ilmu.Tiada ruginya.Bayangkan diri sendiri....kalau bersungguh dah kita cari idea...tulis..kongsi..belum baca orang dah pangkah...mesti sedihkan..oleh itu cuba elakkan lakukan hal sedemikian.KECUALI apa yang dikongsikan NYATA ada unsur-unsur yang TIDAK BAIK DAN TIDAK SIHAT.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kebuntuan Seorang Blogger..Eh!

logoblog

22 ulasan:

  1. MEMANG BUNTU JUGA BLOGGING SBB TAK PANDAI TAPI MEMANDA-MANDAI HEH..HEH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe...kak PI sangat berbakat...Allah beri bakat dalam bidang penulisan....alhamdulillah😄

      Padam
  2. Asalam ada ruang komen ni menjadikan blogger lain turut berkomunikasi dgn pemilik blog tu. Etuza mohn maaf jika ada komen yang tak elok di baca. Etuza suka ruang komen..Etuza istilahkan blog etuza buka bisu seribu bahasa tetapi boleh bersuara di angin lalu antara hambaNya di kejauhan. tak balos komen tak ada masalah bagi Etuza. Cari dan gali2 lagi idea di blog ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Cikgu...betul..ruangan komen ni komunikasi antara blogger..sama-sama tukar pandangan.Semua baik-baik sahaja sahabat blogger PC Cikgu..alhamdulillah.

      Padam
  3. blog kite pun dah x menggunakan tema cute lagi dah.. cukup lah tema simple dan mudah org nak baca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Rrai..hehe..zaman untuk kak PC macam dah tak sesuai..faktor umur kak PC juga mempengaruhi...

      Padam
  4. buntu tu memang penyakit tuu PC..hehe. walau kekdg idea tu banyak tapi kekangan masa dan kerja fizikal pun dah menggangu gugat penulisan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak...setuju..hehe...macam mana pun sayangkan blog dan kawan-kawan...gigih berkongsi..

      Padam
  5. kdg2 ada nk diceritakan tp bila idea nk menulis tu tk drtg..tu jd buntu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea ni kadang dipengaruhi situasi atau diri kita jugakan...kadang macam berdesup idea datang..kadang tumpul selalu..

      Padam
  6. Hehehehe... dilema sorang blogger dengan blognya.
    Mrs. A pun sama kadang-kadang buntu kadang-kadang tu dah siap tulis berkira-kira pulak patut ke tak nak publish ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...tu yang PC lalui juga..beria ketuk keyboard..macam dah ada hr esok kekdahnya..baca-baca macam tergak-agak nak share...

      Padam
  7. konsep aida, cerita kan apa saje yg relevan.
    aida tak beri penetapan kpd diri sendiri utk tulis pe di blog.
    yg penting, tak ckp pasal org, politik, sensitiviti agama.
    apa saje entri yg kandungan nyer sesuai dgn aida yg bergelar ibu, isteri, wanita, bekerja :)
    blogwalking tu wajib. pada aida lah.
    terutama org yg rajin komen di blog kita. so, kita wajib balas ziarah mereka itu.
    komunikasi.
    persahabatan secara maya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...kadang pengalaman sendiri...atau pengalaman orang yang diceritakan pada kita..yang utama jaga bahasa..jangan mengaibkan dan jangan permainkan bab hukum kalau tak pasti.

      Padam
  8. Setuju.. kena saling ziarah blog rakan rakan barulah terasa dunia berblog tu kak pc kan.. kena rai pendapat orang walau tak sama dengan minat kita.. 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat..nak jumpa berdepan belum tentu dan belum tahu..berjumpa dan bersahabat di alam maya pun syukur sangat dah..

      Padam
  9. Suka baca blog PC, setuju sangat dengan perkongsian PC ini.. Kadang-kala LZ pun buntu mencari idea atau memenuhi konsep blogging sebenar.. Alangkah bertuah dapat kenalan blogger seperti PC sebab memahami. Setiap entri blogger punya 'citarasa' mereka sendiri, kita sebagai pembaca kena faham dan hormat apa sahaja perkongsian mereka.. Just support each other.. Thumbs up PC!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu..terima kasih kak atas sokongannya ya..bagi PC imbuhan...hadiah,cenderahati atau apa sahaja itu kedua..yang pertama sokongan dengan cara menziarahi dan hargai hasil nukilan sahabat-sahabat blogger.Itu satu nikmat dalam galur ini kak..

      Padam
  10. Insha Allah... dengan blog pun boleh kutip pahala juga...

    BalasPadam
  11. Kebuntuan yang sama zumal alami. Hehe...

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..