Belum Berakhir

BELUM BERAKHIR
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BELUM BERAKHIR | Siapa pun diri kita.Di mana kita berpijak.Apa sahaja yang perlu kita lalui.Sabar.Terus ikhtiar.Sentiasa bersyukur.Cuba tidak berputus asa kerana kejayaan itu boleh sahaja Allah SWT beri pada bila-bila masa.Bersangka baik itu juga berpahala.

Belum berakhir.

Selagi hidup,selagi itu kita ada sesuatu yang mesti digalas.Kalau yang digalas itu kelihatan mungkin ianya lebih mudah diurus.Sekiranya yang digalas itu ada tapi tidak kelihatan..itu sebenarnya berat.

Tanggungjawab.Semua kita ada tanggungjawab.Pada agama,pada negara,pada setiap yang bersangkutan dan terlibat dengan kita.Selagi bernyawa.Selagi punya cita-cita.Ibu bapa pada anak-anak.Anak-anak pada ibu bapa.Ya,ada tanggungjawabnya.Bezanya satu sama lain bagaimana melunasnya.Jangan membandingkan kerana pendekatan setiap orang tidak sama.


Mak bapak walau anak dah besar tetap nampak kecil dimata mereka..kalau dah kawin pun mak bapak tetap belum lepas tanggungjawab..doakan,nasihat..bantu bila memerlukan..tapi anak2 bertanggungjawab dengan mak bapak dari hidup sampailah mak bapak tu dah mati..sentiasa doakan..sedekahkan Al Fatihah..urus harta pusaka..eratkan silaturahim yang ditinggalkan.. -Babah-

Suami dan isteri.Nafkah pada isteri walau bekerja atau berkerjaya.Ada suami lebih senang hati isterinya berada di rumah sepenuh masa.Ada juga yang menggalakkan isteri bekerja atau punya kerjaya walau di rumah.Tidak kurang yang mana-mana pun ok sahaja.Sebenarnya ikut muafakat masing-masing.Tugas suami belum berakhir bila isteri ada pendapatan sendiri.Makanan,pakaian,tempat tinggal..itu yang agama aturkan.Nafkah-nafkah lainnya juga jangan di angkat ringan.Tiada salahnya isteri bantu suami asal jangan sampai suami ambil kesempatan.Berbincang.Redha dan syukuri nikmat.

Belum berakhir kisah hidup ini selagi mana belum tahu ke arah mana bakal menjadu hunian terakhir.

Belum berakhir

#sama-sama mencari redha Allah SWT

12 comments:

  1. Manusia dan tanggungjawab memang tak dapat dipisahkan.. Redha, syukur dan teruskan berdoa supaya dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak LZ...selagi hidup...kecil atau besar tetap ada tanggungjawab...lebih-lebih lagi tanggungjawab pada Allah SWT.

      Delete
  2. nasihat babah tu deep sangat kak PC :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ingat apa babah akk cakap boleh nangis sendiri..dalam kesannya Fatin pada akak..

      Delete
  3. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete
  4. Hebat entri Pc..membawa kita muhasabah diri..inshaAllah belum berakhir selagi hidup. Blog pun kena teruskan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.Setiap perkongsian Cikgu pun hebat-hebat juga.Moga blog menjadi gudang pahala juga untuk kita semua kan Cikgu.

      Delete
  5. Selagi hidup didunia ni, semuanya belum berakhir lagi.

    ReplyDelete
  6. Kehidupan dunia ini satu perjalanan yg kita pikul bersamanya amanah dan tanggungjawab sbg ibadah.. moga selagi hidup, selagi itu kita beroleh bekalan yg baik utk kehidupan akhirat, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  7. Good sharing PC.. memang banyak tanggung jawab kita nie kan selagi bernama manusia dan selagi kita hidup..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.