Menanti Bantuan Jalan Yang Lurus ..

MENANTI BANTUAN JALAN YANG LURUS ..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MENANTI BANTUAN JALAN YANG LURUS .. | Tiada jalan yang lurus semuanya.Itu pandangan mata kasar dikehidupan.Pada yang kita lakukan dan manfaatkan hari-hari.Tengok jalanraya..dibina mengikut keperluan dan mengikut kesesuaian bentuk muka buminya.Ada yang lurus..ada yang berselekoh di sepanjang jalannya.Itu jalanraya.Bagaimana kisahnya dikehidupan kita sebagai hamba-Nya.

Menanti bantuan jalan yang lurus.

Rezeki.Lazimnya,rezeki itu banyak dan sangat luas.Ada di mana-mana..pelbagai bentuk juga.Cuma adakah ianya untuk kita atau sebaliknya.Ada rezeki yang telah Allah SWT tetapkan sedari alam rahim ibu kita lagi.Ada juga rezeki Allah SWT beri berlandaskan ikhtiar kita untuk mendapatkannya.Ya,jangan pandang remeh dan jangan ambil mudah bab ikhtiar atau berusaha untuk memperolehi sesuatu yang dihajati.

Hidayah.Benar hidayah itu milik Allah SWT.DIA berhak untuk memberikan kepada sesiapa pun juga dan mengambilnya daripada sesiapa pun.Namun bagi PC,hidayah atau petunjuk itu perlu juga kita cari dan dekati.Contoh.Ramai tertarik dengan Islam berpunca dari rasa ingin tahu lalu usaha mengkaji Al Quran.Mencari kebenaran daripada Al Quran.Kemudian terbit rasa suka maka Allah SWT dekatkan hidayah pula.Hidayah itu petunjuk.Hakikatnya hari ini tersangat banyak petunjuk Allah beri cuma terpulang pada kita menyedarinya atau mengabaikannya sahaja.

Sebelum Malaikat Izrail melunas tugasnya .. Ya Allah




Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Surah Al Fatihah : Ayat 6)




Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,bukan (jalan) orang-orang yang telah Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Surah Al Fatihah : Ayat 7)

امین

#sama-sama mencari redha Allah SWT

16 comments:

  1. Semoga kita semua menuju ke jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  2. Memang sekarang ini terlalu banyak sudah petunjuk yang Allah beri dari yang kecil dan dah ada juga yang besar-besar harap kita sebagai orang islam sedar dan mengambil iktibar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..buka mata hati paling luas supaya tidak disia-sia teguran Allah SWT.

      Delete
  3. Jalan itu tidak lurus, kita cuma perlu bersedia di setiap simpang, selekoh dan pelbagai rintangan untuk sampai ke destinasi kita

    ReplyDelete
  4. jalan telah tersedia, kita yang memilih mahu yang mana. semoga kita semua di bri petunjuk agar menuju jalan yang Allah redhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga tidak silap pilih..dan moga Allah bantu kan Shu..aamin.

      Delete
  5. semoga kita semua berada di jalan yg lurus. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini utk renungan dan peringatan kita bersama.. semoga kita semua sentiasa dijaga atas jalanNYA yg lurus.. aamiin.

    ReplyDelete
  7. Mudah2an Allah sentiasa melorongkan kita ke jalan yang lurus

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua sentiasa dilorongkan ke jalan yang lurus dan diredhai Allah.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.