Seadanya

SEADANYA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Seadanya.
Diri sendiri.
Orang lain juga.
Saling menerima.
Saling merai.
Sentiasa berlapang dada.
Selalu membuka minda.
Ringankan untuk menghormati.
Menghargai.


Kekurangan.
Jangan dibanding-bandingkan.
Kelebihan.
Tidak usah diagung-agungkan.
Lebih.
Atau.
Kurang.
Buku masing-masing.
Haluan sedari rahim si ibu yang mengandung.
ALLAH SWT telah acuankan.
Ikhtiar insan ada had.
Ada batasan kemampuan.


Seadanya.
Terima seadanya.
Sedayanya.
Semampunya.
Selayaknya.
Mahu setara.
Mana mungkin.
Mahu sama.
Jauh berganda.
Sedar diri.
Selaginya manusia biasa.
Selaginya hamba-Nya.
Biasa-biasa sahaja.


Seadanya.
Jangan mengharap lebih.
Jika apa yang diberi kurang.
Jangan minta lebih.
Kalau yang disediakan ringan.
Jangan mahu memenuhi.
Yang lain disingkir.


Seadanya.
Terimalah.
Jangan asyik menuding.
Takut biasnya tak mampu untuk ditanggung.
Andai kebaikkan itu serampang dua mata.
Untung.
Jika keburukkan itu serampang dua mata.
Tidak teruntung menanggung.

Seadanya
#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Manusia tu fitrah dia saling melengkapi sebab tiada sesiapun yg sempurna kecuali Nabi Muhammad. Kelebihan kekurangan sama berganding untuk jafi yg lebih baik.

    BalasPadam
  2. Manusia mmg tak lari dari serba kekurangan. Saling melengkapi dan bekerjasama disamping membina ukhwah adalah asas kekuatan fitrah manusia, in shaa Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama