Header Ads

Seketika Sahaja

SEKETIKA SAHAJA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Dahulu bermotor sekarang berkereta
Syukuri nikmat ada adanya
Apa dibangga dengan harta
Semua pinjaman dariDIA

Ada suka ada duka
Resam hidup sesiapa sahaja
Jangan tamak nikmati dunia
Sampai detik kembali pada-NYA

Hidup jangan banyak agenda
Silap tingkah buruk padahnya
Hidup ini ibaratnya roda
Tidak sentiasa di atas sahaja

Enak sungguh sirap selasih
Baik untuk menyejukkan badan
Setiap ujian tanda Allah kasih
Menguji keimanan menilai kesabaran

Mencari rezeki hingga ke senja
Tanggungjawab pada-Nya jangan dilupa
Hakikat hidup seketika sahaja
Kekal selamanya di akhirat sana

Seketika Sahaja

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
Seketika Sahaja
logoblog

12 ulasan:

  1. Subahanallah..semoga Allah ampunkan kita ya PC

    BalasPadam
  2. assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Terima kasih atas coretan peringatan yang sangat menggentarkan jiwa. Saya mengambil pengajaran atas apa yang telah dicoretkan dan memenuhkannya di dalam bejana keinsafan.

    Benar, kita adalah hamba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..aamin.Moga setiap kebaikkan dan ingatan didekatkan😊

      Padam
  3. Kata-kata yang indah... ringkas penuh makna...

    BalasPadam
  4. harta di dunia xkan dapat dibawa ke sana kecuali amalan dan doa anak soleh solehah..

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas peringatan ini PC. Semuanya pinjaman dari Tuhan yg Maha Kuasa.. Allahuakbar.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..