Header Ads

Sedia Maklum

SEDIA MAKLUM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


SEDIA MAKLUM | Untuk memperoleh maklumat sangat mudah.Kadang kita yang mencari.Ada detiknya ianya datang dibawa dan disampaikan daripada orang lain.Sehari-hari,,pelbagai jenis dan bersilih ganti.Pilih sahaja.Semua ada.Baik mahupun buruk.Benar ataupun dusta.Mengalir deras dan sangat pantas.Sedia maklum untuk menerima atau menolak..mempraktikkan atau membiar lesu.

Tatkala ghairah itu ini..jangan sampai nyalakan api untuk membakar diri sendiri.

Sedia maklum.

Banyak hal dipelajari.Banyak perkara ditempuhi.Sangat-sangat banyak seumurnya hidup ini.Selari dengan itu yang telah dimaklumi,berapa kerat sahaja yang dipraktikkan sehari-hari.Dan berapa pula jumlahnya yang sengaja dan suka-suka diingkari.Tidak menafi begitu juga diri ini😢.Allahu.

Belajar lebih menghormati.Hormat menghormati semua orang tahu.Semua orang pun lakukan.Tapi bukan bererti ianya ditakuk itu sahaja.Belajar lagi ke lapangan yang lebih luas dan jauh nanti akan terlihat hormat menghormati itu bukan sekadar bertemu memberi salam..bersalaman..salam cium tangan pada yang selayaknya,tunddukkan sedikit kepala dan tubuh bila melintas di depan tetamu..sebenarnya ada banyak lagi.

Belajar dengan alam.Sesekali pencilkan diri dari kemodenan duniawi..dekati alam yang sedang kita sama-sama berkongsi nikmat daripada Ilahi.Cuba..cuba..cuba.Jangan tangguh dan nanti-nanti.Hujan menjadi terhenti..guruh menyembunyikan bunyi..unggas senyap sepi..dikala berkumandang seruan azan beralun merdu sana sini.Allah mengatur agar kita mengerti.Pelajari.

Sedia maklum wahai insani.Jangan persia akal yang diberi.Fungsikan agar menaikkan martabat diri supaya tidak perlu ditegur-tegur pada hal yang kecil dan rapuh.Alihkan pandangan pada adegan maksiat.Tulikan pendengaran pada perkhabaran fitnah.Puasakan lisan dan lidah dari subhah dunia.Jangan berasa rugi tidak terikut pesatnya dunia kerana nanti kita tuai untuk dikeindahan syurga.

Sedia maklum.

#sama-sama mencari redha Allah SWT





logoblog

19 ulasan:

  1. Zaman sekarang ni budaya hormat menghormati semakin terhakis. Cerita tak betul terus diviralkan tanpa selidik dahulu. Akhir nya memecah belahkan masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Bahaya..lebih bahaya mudah percaya dan terima..merosakkan silaturahim juga kan kak..😊

      Padam
  2. Sesetengah orang minta diri dihormati tapi tak tahu nak hormat orang lain. Apa dia tak tahu ke hormat itu sesuatu yang diberi bukan boleh diminta-minta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.Ada segelintirnya begitu...dia minta dihormati sedangkan maruah orang lain dipijak-pijak dan dibuang ke tepi..

      Padam
  3. kita hormat orang, InsyaAllah orang hormat kita.. mudah urusan jadinya :)

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  4. Selain menghormati sesama insan,
    hormatilah juga alam sekeliling kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..hormati dan sayang satu sama lain sebatas dan selayaknya.

      Padam
  5. masih tidak terlambat untuk kita belajar menghormati dan menggunakan akal dengan bijak tanpa mengguriskan hati orang lain..yang penting kita kena usaha kan

    BalasPadam
  6. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah, tetap teguh pertahankan akhlak yang mulia yang dituntut dalam islam.

    BalasPadam
  7. hormat menghormati itu perlu..

    BalasPadam
  8. Peringatan yg baik utk renungan kita semua. Hormat menghormati pun antara cabang ibadah yg dituntut kan.. semoga Allah sentiasa memberkati kita semua saling hormat menghormati sesama kita.. Allahuakbar.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..