Senyap Dan Bertindak

SENYAP DAN BERTINDAK
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


SENYAP DAN BERTINDAK | "Diam-diam ubi berisi" .. sudah berisi jadilah resamnya padi "Menunduk bila semakin berisi". Persoalannya mampukah untuk melakukannya.Mungkin boleh dicuba terlebih dahulu.Mulanya dari diri sendiri.

Senyap dan bertindak.

Senyap dan bertindak

Satu hal yang berat untuk "mengunci mulut".Kalau mulut berkunci sekali pun tidak pula jari jemari yang ringan untuk menari-nari pada keyboard..abjad dan angka-angka seolah-olah memanggil-manggil.Menggeletar jemari dibuatnya.Sekarang ini dengan hanya satu lambang emoji pun sudah dapat membayangkan suatu apa yqng dirasa dan menarik ramai orang untuk membuat bermacam-macam andaian.

Kuat hadapi serangan.Bila ghairah berkongsi maka mesti tegar juga menerima maklum balas selayaknya.Betul disisi kita belum tentu benar disisinya orang..justeru senyap dan bertindak itu lebih baik dan selamat..diri sendiri juga situasi persekitaran kita.Menjadi punca heboh dan kecoh itu sia-sia lebih-lebih lagi pada hal yang melalaikan.

Senyap dan bertindak ada waktunya mesti dilakukan.Bukan bererti mengelak atau pun menidakkan..mungkin ianya lebih menjurus kepada meminimumkan risiko segenap sudut yang boleh berlaku tanpa disedari.Tidak semua yang dilakukan menjadi..justeru apabila langkah pertama adalah senyap maka tiada pertikaian dan persoalan yang perlu diperjelas untuk memuaskan hati banyak pihak.

Lebih ramai yang memilih untuk melihat hasil berbanding mahu mendengar dalih.Lebih banyak yang memilih senyap dan bertindak itu membina persekitaran yang lebih aman dan berkat.Hidup tanpa dendam,hasad dengki,provokasi dan menghakimi itu lebih menyihatkan jiwa dan fikiran.InsyaAllah..امین.

#sama-sama mencari redha Allah swt



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu, semua orang nak tengok hasil je apa kita lalui dorang tak kisah pun :D

    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...yang dipandang ketawa..bahagia..yang indah-indah sahaja...

      Padam
  2. ramai nak tengok hasil/keputusannya. selebihnya kita yang bertindak orang tak amik kisah. :D salam senin kak PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..jatuhnya..terduduknya..peritnya tidak diambil tahu...

      Padam
  3. Ramai orag sebaliknya
    Mulut aje becuk tapi takde tindakan yang bermanfaat dibuat.

    BalasPadam
  4. Susah nak kunci mulut. Sedangkan Rasulullah dah pesan diam itu lbh baik daripada berkata2. Sebab mulut Manusia ni susah nak jaga. Byk yg buruk keluar dr yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..mencari lemah dan kurangnya orang itu dah macam makanan harian...dah tak ada rasa bersalah pun..

      Padam
  5. Mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia ni hmmm.. mmg ada golongan yg pandai berkata2 shj tp tak bertindak, malah mempertikaikan pula kejayaan org lain yg penat lelah berusaha, wallahualam.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama