Header Ads

Berasa Risau

BERASA RISAU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Berasa risau

Memanah berenang serta berkuda
Sukan sunnah anjuran Junjungan Baginda
Tidak hanya yang ada-ada
Insan biasa juga ada kisahnya

Jangan dirisau jika sedikit
Jangan dibangga sekiranya banyak
Paling utama adanya berkat
Jauhkan ujub,takbur dan riak

Pergi menziarah dikejar angsa
Bukan seekor tapi tiga
Mengenang nasib bagaimana di sana
Mulalah bertindak sederas mahunya

Duduk termenung dihujung beranda
Memikir pelbagai agenda yang ada
Ada masa sentiasa
Ada waktu sesekali sahaja

Manusia ada bermacam selera
Terkadang langsung tidak terduga
Berasa risau adatnya manusia
Memikirkan sesuatu sedalam-dalamnya

Berasa risau susah dipisah
Datang dan pergi membaluti jiwa
Berusaha sudah berdoa pun sudah
Sampai waktu bertawakkal pada-Nya

Pagi-pagi asah pisau
Supaya mudah memotong ikan
Buang segera perasaan risau
Takut menganggu ibadah yang ditunaikan

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 comments:

  1. singgah sini..semoga kerisauan akan reda..sajak memberi ketenangan

    ReplyDelete
  2. Kita mmg tak pernah lari dari perasaan risau, hanya kpd Allah kita sandarkan segala usaha dgn tawakkal dan keikhlasan... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Risaukan amalan kita yang sedikit.

    ReplyDelete
  4. Kak Sue mudah rasa risau.. kadang bila dah mula risau tu memang panik habis.. Cuma nak tenang semula kena lah istifar banyak-banyak..

    ReplyDelete
  5. Semoga kita melengkapi yang kurang agar tidak risau lagi

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..